Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

‘Anime khas Naruto’ terpaksa ditunda – produksi ingin memastikan produksi kualiti!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 29, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
‘Anime khas Naruto’ terpaksa ditunda – produksi ingin memastikan produksi kualiti!
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena ulang tahun ke-20 francais, Naruto sepatutnya menayangkan anime khas di Jepun pada 3 September. Malangnya, anime khas Naruto ini terpaksa ditunda kerana studio Pierrot ingin “meningkatkan kualiti” produksi.

Pada masa yang sama, tarikh tayangan baharu masih belum didedahkan, jadi peminat perlu menunggu maklumat lanjut. Berita ini diumumkan melalui sosial media dan laman web rasmi Naruto.

【番組に関する重要なお知らせ】 pic.twitter.com/eSOAOi4G5A

— アニメ BORUTO-ボルト-【公式】 (@NARUTOtoBORUTO) August 29, 2023

Mengikut rancangan asal, anime khas Naruto ini mempunyai total 4 episod dan sepatutnya disiarkan pada setiap hari Ahad (JST) selama empat minggu bermula 3 September. Kita juga dapat pengesahan bahawa FLOW akan kembali untuk lagu tema pembukaan dan penamat; dengan versi baharu untuk “GO!!!!” dan “Viva☆Rock“.

Namun itu sahaja info yang diberi. Kami tidak ada sebarang info tentang jalan cerita dan watak mana yang akan muncul. Tetapi menurut pembocor info, jalan cerita akan menceritakan semula kisah hidup Naruto daripada zaman akademi hinggalah ke Shipudden manakala setiap episod akan berdurasi 30 minit.

Info ini tidak sahih, jadi janganlah percaya 100% dahulu.

Kredit: Studio Pierrot

Pihak produksi menjelaskan bahawa tarikh tayangan baharu akan diumumkan melalui halaman rasmi untuk francais dan mereka memohon maaf kepada peminat yang menantikan anime terbaru Naruto selepas enam ½ tahun berhenti. Sebagai ganti, mereka akan menyiarkan semula empat episod terbaik dalam Boruto: Naruto Next Generation.


Kredit: Shueisha

Itu bukan satu-satunya projek sempena ulang tahun ke-20 anime Naruto. Sebelum ini, kita dapat membaca manga one-shot Namikaze Minato (Hokage ke-4 dan ayah kepada protagonis) yang dikeluarkan sejak 18 Julai 2023. Manga ini dilukiskan sendiri oleh Masashi Kishimoto (pencipta original) dan mengisahkan tentang Minato semasa zaman mudanya sedang mempelajari teknik Rasengan.

Manga itu tidak ada di Manga Plus lagi, tetapi saya menyedia rumusan untuk anda baca di SINI.

Untuk baca segala info kami tentang francais ikonink ini, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animenaruto
ShareTweetSend
Previous Post

ENDLESS Dungeon Dedahkan Hero Mixologist Baru, Fassie! Kenali Kebolehannya!

Next Post

Magic: The Gathering Perkenalkan Set Kad Baharu, Wilds of Eldraine! Bakal Adakan Magic Open House September Ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Permohonan Dana e-Sukan KBS 2025 Kini Dibuka, Jumlah Peruntukan Sebanyak RM1.5 juta
Esports

Permohonan Dana e-Sukan KBS 2025 Kini Dibuka, Jumlah Peruntukan Sebanyak RM1.5 juta

June 4, 2025
Capcom Umum Monster Hunter Wilds Design Contest, Inilah Peluang Anda Untuk Pamer Kreativiti!
Berita

Capcom Umum Monster Hunter Wilds Design Contest, Inilah Peluang Anda Untuk Pamer Kreativiti!

June 4, 2025
Reviu Survive the Fall – Survival Taktikal Yang Penuh Potensi, Tapi Belum Sempurna
Review

Reviu Survive the Fall – Survival Taktikal Yang Penuh Potensi, Tapi Belum Sempurna

Next Post
Magic: The Gathering Perkenalkan Set Kad Baharu, Wilds of Eldraine! Bakal Adakan Magic Open House September Ini!

Magic: The Gathering Perkenalkan Set Kad Baharu, Wilds of Eldraine! Bakal Adakan Magic Open House September Ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd