Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Four Knights of the Apocalypse Akan Tayang Oktober Ini! Trailer Baru Didedahkan!

Maira by Maira
March 27, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Anime Four Knights of the Apocalypse Akan Tayang Oktober Ini! Trailer Baru Didedahkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Diumumkan Januari yang lalu, sekuel kepada The Seven Deadly Sins, Four Knights of the Apocalypse akan mendapat adaptasi anime. Semasa acara Anime Japan 2023, beberapa maklumat baru telah diumumkan malah trailer baru juga ditayangkan! Anda boleh tonton trailer tersebut di bawah.

Semasa acara tersebut, didedahkan juga bahawa anime tersebut akan ditayangkan pada Oktober 2023, bersama-sama anime musim luruh yang lain. Buat masa ini tarikh tayangan rasmi belum didedahkan.

Untuk pengetahuan anda, animasinya akan dihasilkan oleh Telecom Animation Film manakala UNLIMITED PRODUCE by TMS bertanggungjawab ke atas produksi dan fasa perancangan manakala Shou Komura disahkan akan menyuarakan watak protagonis utama, Percival.

Bagi mereka yang tidak tahu, Four Knights of the Apocalypse ialah sekuel rasmi kepada siri The Seven Deadly Sins dan ditulis/diilustrasikan oleh Nakaba Suzuki. Siri ini mula diterbitkan dalam Weekly Shonen Magazine sejak Januari 2021 dan berjaya meraih sambutan yang positif di kalangan pembaca sehinggalah hari ini.

Four Knights of the Apocalypse

Berikut adalah sinopsis rasmi:

“Percival tinggal bersama datuknya di God’s Finger, sebuah lokasi terpencil yang terletak tinggi di atas awan. Walaupun dia menyukai kehidupan yang sederhana, dia diam-diam ingin mengembara.

Tetapi kehidupan Percival berubah selama-lamanya apabila seorang penceroboh—yang mempunyai hubungan yang mengejutkan dengannya—merobohkan semua kegembiraan yang dia tahu.

Dengan tiada lagi hala tuju selain mengejar orang yang mengambil segala-galanya daripadanya, Percival bertindak sendiri. Dalam perjalanan, budak itu mendapati bahawa terdapat banyak perkara yang dia tidak tahu tentang kehidupan normal.

Nasib baik, dia bertemu rakan-rakan di sepanjang jalan yang boleh membantunya —tetapi apakah reaksi mereka apabila mengetahui takdir Percival… dan bagaimana ia berkaitan dengan pengakhiran dunia?”

Untuk mendapatkan liputan lain daripada kami mengenai anime, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Seven Deadly SinsThe Four Knights of the Apocalypse
Previous Post

Blue Lock akan diteruskan dengan Season 2 & filem spinoff berfokuskan Nagi!

Next Post

Goblin Slayer Another Adventurer: Nightmare Feast akan dilancarkan hujung tahun nanti!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Goblin Slayer Another Adventurer: Nightmare Feast akan dilancarkan hujung tahun nanti!

Goblin Slayer Another Adventurer: Nightmare Feast akan dilancarkan hujung tahun nanti!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd