Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime finale Bleach Thousand Year Blood War tidak akan “disensor”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 5, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Manga
0 0
0
Anime finale Bleach Thousand Year Blood War tidak akan “disensor”
Share on FacebookShare on Twitter

Diakui sebagai antara anime shonen terbesar dan salah satu ahli “Big Three”, populariti Bleach telah kian menurun sejak kesimpulan siri manga yang dianggap terlalu tergesa-gesa. Peminat telah lama menunggu kepulangan Bleach, dan akhirnya hajat mereka dapat direalisasikan apabila arc finale Thousand Year Blood War diadaptasikan kepada anime. Bersama itu, kami mendapat maklumat bahawa anime finale Bleach (kemungkinan besar) tidak akan “disensor”.

sumber: FB

Jadual siaran sebenarnya masih belum ditentukan, tetapi beberapa sumber menerima maklumat mengenai slot tayangan masa di Jepun, yang ternyata memang tengah malam. Bagi mereka yang kurang tahu, waktu tayangan pada tengah malam biasanya diberikan untuk anime dengan unsur “gory, brutal dan matang” seperti Tokyo Ghoul, One Punch Man, atau Demon Slayer.

Jadi, memang pasti bahawa adaptasi anime finale Bleach akan kurang disensor atau betul-betul “uncensored” berbanding siri asal oleh Pierrot yang sebenarnya banyak ditapis terutamanya adegan pertempuran berdarah. Dari keseluruhan story arc Bleach, saya sendiri mengakui “Thousand Year Blood War” mengandungi antara adegan pertarungan paling kejam dalam sejarah siri.

Khabar angin: Bleach mempersiapkan laman web rasmi untuk kedatangan anime finale!

Rasanya semua peminat Bleach tahu bahawa adaptasi anime pada masa ini masih dalam pembikinan, tetapi sehingga hari ini, tidak banyak maklumat yang dikongsikan. Saya tidak tahu studio mana yang akan uruskan bahagian animasi dan bila ia akan ditayangkan tetapi menurut pengumuman asal, anime akan dilancarkan pada tahun 2021 atau awal tahun 2022.

Di samping itu, bab one-shot Bleach oleh pencipta, Tite Kubo, sepatutnya menjadi epilog kepada manga asli yang berakhir pada lima tahun yang lalu. Namun selepas membaca bab tersebut sehingga habis, ramai peminat terkejut untuk tahu bahawa one-shot Bleach mungkin akan menyediakan story arc baru untuk Ichigo dan rakan-rakan.

Bleach: Manga “mungkin” meneruskan kisah Ichigo dalam story arc baru!

Adakah anda pun salah seorang peminat yang tidak sabar untuk kepulangan Bleach? Jom kongsikan pendapat dengan saya di ruang komen. Untuk segala liputan kami tentang Bleach, sila tekan pautan ini.

Sumber: GamerWK

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animebleachsensor
Previous Post

Selami dunia Vampire di expansion baru MTG: Crimson Vow pada 19 November

Next Post

[Khabar angin] Ghost of Tsushima dan banyak lagi game PlayStation akan ke PC!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Next Post
[Khabar angin] Ghost of Tsushima dan banyak lagi game PlayStation akan ke PC!

[Khabar angin] Ghost of Tsushima dan banyak lagi game PlayStation akan ke PC!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd