Comic Fiesta kembali dengan acara mini mereka Anime Fest+! Tetapi pada tahun ini, ia akan kembali dengan lebih besar dan lebih baik berbanding sebelumnya! Jom kita lihat maklumat lanjut mengenainya!

Seperti yang diumumkan melalui Facebook rasmi Comic Fiesta, Anime Fest+ akan diadakan di Tropicana Gardens Mall selama tiga hari bermula 29 April sehingga 1 Mei. Kalau anda ingin pergi menggunakan pengangkutan awam, mudah sahaja caranya. Anda hanya perlu menaiki MRT laluan Kajang dan berhenti di MRT Surian.
Sudah namanya acara ACG, sudah tentu anda akan menjumpai pelbagai benda yang berkaitan dengan anime, manga dan game. Bukan setakat itu sahaja, cosplayer dan artis juga akan turut hadir memeriahkan lagi acara. Lebih-lebih lagi semasa acara persembahan pentas.
Anda yang sudah lama mencari merch daripada anime atau game kesukaan, bolehlah mencarinya di Anime Fest+.
Selain itu, Selain itu, terdapat juga aktiviti atau quest tersedia dalam acara ini. Jika dahulu, anda mungkin kena kumpulkan stamp atau cop untuk menuntut hadiah hebat daripada pihak penganjur. Jadi, tidak salah untuk anda mengikuti pengumuman lanjut mengenainya.

Anda yang ingin membuka booth sendiri semasa acara, ada berita baik untuk ada! Pendaftaran untuk booth sudah dibuka! Tetapi tempat adalah terhad. Kalau anda berminat, boleh klik pautan ini!
Jika tahun lepas, kita boleh sertai Anime Fest tanpa sebarang tiket. Mungkin juga perkara yang sama akan berlaku untuk tahun ini. Apa pun, kita nantikan sahaja pengumuman lanjut daripada pihak penganjur.
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai ACG daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post