Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Edens Zero akan keluar di Netflix untuk peminat luar Jepun!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 12, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Netflix
0 0
0
Anime Edens Zero akan keluar di Netflix untuk peminat luar Jepun!
Share on FacebookShare on Twitter

Adaptasi anime untuk karya terbaru Hiro Mashima, Edens Zero, adalah salah satu anime yang paling dinantikan pada tahun ini kerana populariti Fairy Tail yang sangat tinggi. Disahkan akan keluar pada “Spring 2021” di Jepun, ramai peminat di luar Jepun masih tertanya “di mana anime ini akan ditayangkan untuk kita?”.

Overseas fans, "EDENS ZERO" will be coming out in Fall 2021 for ex-Japan territories on Netflix! Please wait a little longer! #EDENSZERO

— EDENS ZEROプロジェクト公式 (@EDENSZERO_PJ) April 10, 2021

Disahkan pada dua hari lepas, nampaknya Netflix akan menayangkan anime ini untuk penonton antarabangsa! Tetapi harap maklum, ini bermaksud kita perlu menunggu dengan lebih lama. Walaupun Edens Zero secara rasmi akan ditayangkan di Jepun pada musim bunga 2021, peminat hanya boleh tonton anime ini bermula musim luruh di Netflix.

Bagi mereka yang tidak tahu, Netflix beroperasi amat berbeza berbanding jadual anime tradisional di Jepun. Mereka tidak menayangkan secara serentak anime baru di wilayah antarabangsa, dan hanya akan bermula selepas anime tersebut selesai ditayangkan di Jepun. Ini bermaksud peminat yang tidak sabar harus menunggu selama beberapa bulan setelah pelancaran asalnya.

Ia masih belum pasti berapa episod akan dimasukkan untuk musim pertama Edens Zero, tetapi memandangkan ia akan keluar pada hujung tahun ini di Netflix, sekurang-kurangnya peminat tahu yang mereka boleh tonton musim penuh anime tanpa banyak gangguan. Berikut adalah rumusan cerita dari Netflix:

“Pada tahun X492, dalam zaman di mana orang bebas merantaualam semesta. Rebecca, seorang B-Cuber yang suka membuat video, mengunjungi dunia robotik Granbell dan bertemu dengan seorang pemuda dengan kekuatan khas: Shiki, yang menghabiskan seluruh hidupnya bersama mesin. Kemudian, Shiki akan menjelajah kosmos dengan Rebecca, menemui tempat, orang dan benda baru, dan membuat kawan di sepanjang jalan. Sertailah pengembaraan ini bermula tahun 2021 di Netflix.”

Untuk segala liputan kami tentang Edens Zero, sila tekan pautan ini.

Sumber – Netflix

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeEdens ZeroHiro Mashimanetflix
Previous Post

WWE 2K22 diumumkan di WrestleMania 37!

Next Post

PlayStation Studio kini memfokuskan pembangunan permainan mobile

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
PlayStation Studio kini memfokuskan pembangunan permainan mobile

PlayStation Studio kini memfokuskan pembangunan permainan mobile

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd