Reboot epik Digimon Adventure: diteruskan dengan episod kedua dalam siri, dan walaupun episod pertama merupakan “throwback nostalgik” ketika Taichi menjelajah Internet untuk menentang Diaboromon di Digimon: The Movie, episod kedua memberi kejutan baru kepada peminat. Selepas memperkenalkan Yamato dan Garurumon ke dalam siri untuk menghalang virus bahaya daripada merebak, ancaman menjadi lebih bahaya kerana virus tersebut berevolusi kepada Digimon jahat terkenal, Argomon, yang muncul dalam filem Digimon Savers: Ultimate Power! Activate Burst Mode!!
Berilhamkan filem, episod kedua menyaksikan Greymon dan Garurumon berjuang melawan Digimon tahap Mega ini. Yang paling mengejutkan ialah episod itu berakhir dengan kedua-duanya berevolusi ke dalam gabungan Mega ikonik, Omnimon! Di dalam francais, penggunaan Omnimon dianggap sebagai salah satu senjata utama untuk kanak-kanak DigiDestined, jadi evolusi ini amat mengejutkan peminat apabila diperkenalkan dalam episod kedua.
I'm not really sure how I feel about Omnimon being brought in so early. The feathers both Kari & TK got reminds me of when they got Wargreymon & Metalgarurumon using the light arrows in the original series, both power-ups caused by their sibling's holy power.#Digimon #デジモン pic.twitter.com/ZWAENqn5Z2
— Joshua Chiu (@JoshuaChiu1993) April 12, 2020
Episod kedua yang bertajuk “WAR GAME“, menyaksikan Argomon menyerang kapal selam nuklear di Amerika Syarikat dan memulakan kiraan untuk peluru berpandu yang ditujukan ke Tokyo. Taichi dan Yamato cuba untuk menghentikan rancangan jahat tersebut dengan Greymon dan Garurumon, tetapi sudah terlambat apabila Argomon evolusi ke tahap yang lebih kuat dan melancarkan peluru berpandu.
Ini membawa kepada usaha terakhir di mana Greymon dan Garurumon bergabung menjadi Omnimon. Jauh berbeza daripada filem pertama kan? Kemajuan ini bukan sahaja lebih cepat berbanding versi filem, tetapi ia juga bermakna tahap kuasa di anime asal telah berubah dengan kedua-dua rakan Digimon mempunyai akses ke bentuk Mega di episod 2. Apa pandangan anda pula?
@gamersantaimy
Discussion about this post