Anime Digimon: Ghost Game yang ditayangkan sejak 2021 kini menemui pengakhiran dan bakal menayangkan episod yang ke-68 sebagai episod terakhir pada 26 Mac 2023.
Digimon: Ghost Game ini ditetapkan pada masa hadapan di mana khabar angin tentang kejadian aneh yang dipanggil “Hologram Ghost” muncul secara online. Hiro sebagai watak utama telah dapat melihat Digimon selepas mengaktifkan “Digivice” yang ditinggalkan oleh ayahnya.
Bersama-sama dengan Digimon Gammamon, mereka menyiasat fenomena luar biasa yang berlaku di sekeliling mereka dan perlahan-lahan melangkah ke dunia Digimon.

Anime ini diarahkan oleh Kimitoshi Chioka (Dragon Ball Super) dan Masato Mitsuka (Digimon Adventure). Masashi Sogo (Fairy Tail) bekerja sebagai penulis skrip anime ini. Tenya Yabuno ialah pereka watak asal, dan juga dikreditkan bersama Hiroshi Izawa untuk bantuan perancangan.
Mariko Itō mengadaptasi watak Yabuno untuk animasi. Kenji Watanabe ialah pereka watak asal untuk Digimon, dan Cho Shinozuka mengadaptasi reka bentuk Digimon tersebut untuk animasi. Mai Ichioka ialah art director, dan Toshiki Amada dikreditkan untuk art setting. Akiyoshi Hongo dikreditkan dengan karya asal.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa anime Digimon: Ghost Game bakal berakhir pada 26 Mac 2023 dengan menayangkan episod yang ke-68.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post