Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Devil May Cry Akan Debut Pada April 2025

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 20, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Anime Devil May Cry Akan Debut Pada April 2025
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas menayangkan visual pertama pada tahun lepas, Netflix akhirnya mendedahkan teaser baharu untuk siri anime akan datang, Devil May Cry, berdasarkan francais permainan video terkenal oleh CAPCOM. Lebih menarik lagi, teaser ini juga mendedahkan bahawa anime tersebut akan ditayangkan pada April 2025.

Diumumkan semasa acara Netflix Geeked Week 2024, berikut adalah trailer terbaharu untuk anime Devil May Cry:

Pencipta siri Adi Shankar telah menyiapkan skrip untuk musim pertama siri ini pada November 2021 bersama bantuan Alex Larsen, dan dijangka akan mempunyai beberapa musim. Menurut laporan, musim pertama akan mempunyai lapan episod dan akan menampilkan watak-watak seperti Dante, Vergil, dan Lady.

Kredit: Netflix

Dianimasikan oleh Studio Mir yang berpangkalan di Seoul — dan juga bertanggungjawab untuk filem animasi The Witcher: Nightmare of the Wolf, Avatar: The Legend of Korra, My Adventures With Superman, dan X-Men ’97 — siri ini diterbitkan secara eksekutif oleh Hideaki Itsuno dari Capcom (Devil May Cry 2) dan Seung-wook Lee dari Studio Mir (Dota: Dragon’s Blood).

Kredit: Netflix

Sinopsis

Kredit: Netflix

Kuasa jahat sedang bermain di portal antara alam manusia dan syaitan. Di tengah-tengahnya ialah Dante, seorang pemburu syaitan, yang tidak sedar bahawa nasib kedua-dua dunia terletak di bahunya. Devil May Cry adalah berdasarkan game action-adventure popular dengan nama yang sama, dibangunkan oleh Capcom dan dicipta oleh Hideki Kamiya. Sama seperti francais permainan, anime ini juga mengikuti kisah Dante, yang mempunyai misi untuk membalas dendam kematian ibunya dengan membunuh semua syaitan.

Kredit: Netflix

Selepas pelancaran game pertama pada tahun 2001, siri ini terbukti cukup sukses; di mana barisan game utama telah terjual sebanyak 31 juta salinan di seluruh dunia dan menerima anugerah Platinum Title daripada Capcom. Kejayaan siri permainan video ini telah membawa kepada adaptasi buku komik, novelisasi, dua siri animasi, panduan, barangan koleksi, penerbitan, dan pelbagai figura aksi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Devil May Crynetflix
ShareTweetSend
Previous Post

ARCANE Season 2 Bermula 9 November, Pecah Tiga Babak!

Next Post

Anime Cyberpunk Baru Dalam Pembikinan Oleh Netflix & CD Projekt Red

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Anime Cyberpunk Baru Dalam Pembikinan Oleh Netflix & CD Projekt Red

Anime Cyberpunk Baru Dalam Pembikinan Oleh Netflix & CD Projekt Red

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd