Salah satu siri fantasi popular, Delicious in Dungeon akhirnya mendedahkan teaser trailer pertama untuk adaptasi animenya. Dalam teaser tersebut, ia memaparkan pelbagai adegan daripada siri tersebut dan sudah tentu penuh dengan makanan yang menyelerakan. Anime Delicious in Dungeon dijadualkan untuk tayangan pada Januari 2024. Anda boleh tonton video teaser anime di bawah.
Studio yang bertanggungjawab dalam menghasilkan siri ini ialah Studio TRIGGER, yang pernah menghasilkan Cyberpunk: Edgerunners, Promare, Gurren Lagaan dan banyak lagi. Diarahkan oleh Yoshihiro Miyajima, bersamanya adalah Naoki Takeda (pereka watak), Komiko Ueno (komposer siri) dan Yasunori Mitsuda (komposer muzik).

Untuk pengetahuan anda, Delicious in Dungeon merupakan siri manga yang dihasilkan oleh Ryoko Kui pada 2015. Kini, sudah 12 jilid manga telah diterbitkan. Ia juga telah mendapat terjemahan bahasa Inggeris oleh Yen Press. Berikut adalah plot untuk siri tersebut:
‘Apabila pengembara muda Laios dan rakannya diserang dan dibelasah oleh seekor naga jauh di dalam dungeon, parti itu kehilangan semua wang dan peruntukannya…dan seorang ahli! Mereka tidak sabar-sabar untuk kembali dan menyelamatkannya, tetapi hanya ada satu masalah: Jika mereka pergi tanpa makanan atau duit, mereka pasti akan kelaparan dalam perjalanan! Tetapi Laios datang dengan idea bernas: “Mari kita makan raksasa!” Slime, basilisk, dan juga naga…tidak ada yang selamat daripada selera makan yang merayap di dungeon ini!”

Anda boleh mengikuti akaun Twitter rasmi anime untuk mendapatkan berita baru mengenai siri dengan lebih cepat. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post