Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Chainsaw Man telah melepaskan trailer rasmi pertama!

Maira by Maira
April 21, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Anime Chainsaw Man telah melepaskan trailer rasmi pertama!
Share on FacebookShare on Twitter

Rasanya memang sudah lama kita semua nantikan trailer untuk adaptasi anime, siri manga popular, Chainsaw Man. Kalau ada yang terlepas kapal, siri anime tersebut telah pun melepaskan trailer 90 saat yang juga mendedahkan staf yang terlibat dalam penghasilan anime Chainsaw Man. Untuk pengetahuan anda, anime ini akan ditayangkan pada hujung tahun ini, tetapi masih tiada tarikh rasmi mengenainya. Jadi, kita tunggu sahaja pengumuman daripada MAPPA nanti. Anda boleh tonton trailer Chainsaw Man di bawah.

https://youtu.be/TcO5kFvz3Ic

Sejak diterbitkan pada 2018, manga Chainsaw Man telah menjadi popular di seluruh dunia dan merupakan karya paling popular oleh Fujimoto, dengan lebih 12 juta salinan dalam edaran. Sebelum Chainsaw Man diterbitkan, Fujimoto amat terkenal dengan siri Fire Punch. Baru-baru ini juga, mangaka tersebut telah melepaskan satu manga one-shot bertajuk Goodbye, Eri. Anda boleh baca manga tersebut melalui MangaPlus.

Berikut adalah sinopsis rasmi untuk Chainsaw Man:

“Kisah ini menceritakan tentang seorang pemuda bernama Denji. Dia merupakan seorang budak miskin yang dipaksa oleh yakuza untuk membunuh iblis bagi melunaskan hutangnya. Namun, setelah misi terakhir, dia dianggap tidak berguna lagi dan dibunuh oleh iblis yang bekerja untuk yakuza.

Tetapi kehidupan Denji bakal berubah ketika dia dihidupkan semula oleh anjing gergaji peliharaannya, Pochita! Diperhatikan oleh pemburu iblis lain yang tiba di tempat kejadian, Denji ditawarkan untuk bekerja di Public Safety Bureau sebagai salah seorang dari mereka. Sekarang dia tinggal di bandar sebagai Devil Hunter rasmi. Walaupun akan menghadapi musuh yang lebih sukar, Denji tidak akan berhenti untuk mencapai impian remajanya!”

Bukan setakat itu sahaja, anda juga boleh nantikan bahagian kedua untuk siri manga Chainsaw Man. Ia juga dijadualkan untuk keluar pada tahun ini. Apapun, mesti ramai yang tidak sabar untuk melihat siri anime yang diadaptasi oleh MAPPA ini. Jika dilihat pada trailer anime Chainsaw Man itu, segala aksi yang akan dipamerkan nanti nampak sungguh hebat. Memang terbaiklah!

Kalau anda ingin dapatkan berita lain mengenai anime, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Chainsaw Mantrailer
Previous Post

Kisah penuh pancaroba! Sinopsis penuh tentang GTA 5!

Next Post

Sony ingin tambah iklan dalam game “F2P” PlayStation [Khabar Angin]

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Sony ingin tambah iklan dalam game “F2P” PlayStation [Khabar Angin]

Sony ingin tambah iklan dalam game "F2P" PlayStation [Khabar Angin]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd