Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Chainsaw Man Akan Mula Ditayangkan Pada Oktober 2022! Hadir Dengan 12 Episod!

safwan by safwan
August 5, 2022 - Updated on September 19, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Anime Chainsaw Man Akan Mula Ditayangkan Pada Oktober 2022! Hadir Dengan 12 Episod!
Share on FacebookShare on Twitter

Selari dengan live stream MAPPA baru-baru ini, mereka telah mendedahkan pelbagai maklumat baharu tentang anime Chainsaw Man termasuk pelakon suara, tarikh pengeluaran dan banyak lagi. Mereka juga telah mengeluarkan trailer baharu bagi anime Chainsaw Man sekali gus mendedahkan tarikh pengeluaran iaitu pada bulan 11 Oktober 2022 dan akan mempunyai 12 episod kesemuanya.

Dalam livestream anime, mereka telah memperkenalkan barisan pelakon suara utama seperti berikut:

  • Tomori Kusunoki: Makima
  • Kikunosuke Toya: Denji
  • Shogo Sakata: Aki
  • Fairouz Ai: Power
  • Kenjiro Tsuda: Kishibe
  • Shiori Izawa: Pochita
  • Karin Takahashi: Kobeni Higashiyama
  • Mariya Ise: Himeno

Bukan setakat itu sahaja, setiap episod akan mempunyai lagu ending tersendiri! Bermakna akan ada 12 lagu pada setiap penghujung episod. Berikut adalah kesemua artis yang terlibat dalam penghasilan lagu tersebut:

Kalau anda ingin tahu, Ani-One Asia telah berkolaborasi dengan MAPPA untuk tayangan anime tersebut. Ini bermakna siri Chainsaw Man akan tersedia di Youtube tetapi anda perlu menjadi “member” atau senang cerita ahli khas untuk menontonnya nanti. Harganya juga tidaklah mahal hanya RM 7.50 sebulan dan kesemua anime premium pada bulan itu akan dapat ditonton.

Bagi sesiapa yang tidak mengenali manga Chainsaw Man, ia telah diterbitkan sejak 2018 dan menjadi popular di seluruh dunia. Secara tidak langsung, manga karya Fujimoto telah dicetak lebih 12 juta salinan dalam edaran. Berikut adalah sinopsis rasmi untuk Chainsaw Man:

“Kisah ini menceritakan tentang seorang pemuda bernama Denji. Dia merupakan seorang budak miskin yang dipaksa oleh yakuza untuk membunuh iblis bagi melunaskan hutangnya. Namun, setelah misi terakhir, dia dianggap tidak berguna lagi dan dibunuh oleh iblis yang bekerja untuk yakuza.

Tetapi kehidupan Denji bakal berubah ketika dia dihidupkan semula oleh anjing gergaji peliharaannya, Pochita! Diperhatikan oleh pemburu iblis lain yang tiba di tempat kejadian, Denji ditawarkan untuk bekerja di Public Safety Bureau sebagai salah seorang dari mereka. Sekarang dia tinggal di bandar sebagai Devil Hunter rasmi. Walaupun akan menghadapi musuh yang lebih sukar, Denji tidak akan berhenti untuk mencapai impian remajanya!”

Turut didedahkan kakitangan yang membangunkan anime Chainsaw Man adalah Ryuu Nakayama (Gamers!, Macross Delta dan he Ryuo’s Work Is Never Done!) sebagai pengarah, Kazutaka Sugiyama (Mushoku Tensei: Jobless Reincarnation) sebagai reka bentuk karakter, Tatsuya Yoshihara (Black Clover) sebagai pengarah action, dan Hiroshi Seko (Attack on Titan: The Final Season) sebagai penulis skrip.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa anime Chainsaw Man akan mula ditayangkan pada bulan Oktober 2022. Dengan melihat trailer yang baru sahaja dikeluarkan, mesti ramai yang tidak sabar untuk menantikan anime semasa ia dikeluarkan nanti. Jika dilihat pada trailer anime Chainsaw Man itu, segala aksi yang akan dipamerkan nanti nampak sungguh hebat. Memang terbaiklah!

Kalau anda ingin dapatkan berita lain mengenai anime, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Chainsaw Man
Previous Post

[Review] Digimon Survive – Penantian yang berbaloi! Penceritaan hebat penuh misteri!

Next Post

Lepas 2 Tahun Batal, Comic Fiesta Kembali, Akan Diadakan Pada 17 & 18 Disember 2022!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Lepas 2 Tahun Batal, Comic Fiesta Kembali, Akan Diadakan Pada 17 & 18 Disember 2022!

Lepas 2 Tahun Batal, Comic Fiesta Kembali, Akan Diadakan Pada 17 & 18 Disember 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd