Hari ini, Netflix mengumumkan bahawa anime Bastard!! Heavy Metal, Dark Fantasy Season 2 akan disiarkan di platform streaming pada tahun 2023 di mana musim baharu diberi tajuk bertajuk Bastard!! Ankoku no Hakaishin: Jigoku no Chinkonka-hen (BASTARD!! -Heavy Metal, Dark Fantasy- Requiem of Hell Arc).
Malangnya, tarikh keluaran tepat tidak diberi, tetapi Netflix telah mengeluarkan trailer istimewa, dan reka bentuk bagi watak baharu. Pada masa yang sama, di bawah adalah poster seni rasmi untuk Bastard Season 2 dan menampilkan Dark Schneider dan Kall-Su, dengan Tia Noto Yoko di belakang mereka.

Semasa pembentangan tentang anime Bastard Season 2, reka bentuk baharu untuk watak turut muncul. Selain daripada Dark Schneider, Tia Noto Yoko, Kall-Su, dan Gara, beberapa orang baru akan muncul termasuk Yngwei von Mattström (Junichi Suwabe), Zion Sol Vanderverg (Koji Yusa), Joshua Belaira (Takuma Terashima) dan Nils John Mifune (Show Hayami).
Bagi mereka yang tidak tahu, Bastard!! Heavy Metal, Dark Fantasy ialah siri manga Jepun yang ditulis dan diilustrasikan oleh Kazushi Hagiwara. Ia mula disirikan dalam Weekly Shonen Jump terbitan Shueisha pada tahun 1988, dan diteruskan dalam Ultra Jump sejak tahun 2000.
Pada empat abad yang lalu, Bumi mengalami malapetaka disebabkan oleh syaitan Anthrasax sebelum dia dibunuh oleh Dragon Knight, lalu membawa dunia ke zaman kegelapan baru.
Pada masa kini, Kerajaan Metallicana diserang oleh Dark Rebel Army yang berusaha untuk menghidupkan semula Anthrasax. Ini memaksa High Priest untuk meminta anak perempuannya membangunkan Dark Schneider, seorang ahli sihir gelap dan pengasas Dark Rebel Army yang hidup semula dalam tubuh Lucien Renlen yang berusia 14 tahun.
Lama kelamaan, rakan-rakan Dark belajar tentang sifat sebenar dan kaitannya dengan malapetaka yang menimpa Bumi.
Bagi sesiapa yang berminat, Bastard Season 1 kini boleh ditonton sepenuhnya di Netflix. Jadi jangan lupa tonton untuk tahu perkembangan Dark Schneider.
@gamersantaimy
Discussion about this post