Mesti ramai yang tidak sabar untuk menonton anime Bleach yang terbaru Oktober ini kan? Tetapi sekarang ada pula khabar angin yang tidak begitu seronok dibaca. Katanya anime Bleach: Thousand Years Blood War (TYBW) tidak akan ada simulcast untuk penonton luar negara! Jom kami ceritakan kepada anda mengenainya dan mengapa ramai peminat Bleach gelabah sekarang ini.

Pada bulan lalu, ada satu laporan yang mengatakan bahawa Disney+ telah mendapatkan lesen untuk strim Bleach TYBW di platform mereka. Disney+ sekarang mempunyai siri anime tersedia. Tetapi melihat pada apa yang terjadi pada siri baru seperti Summer Time Rendering dan Black Rock Shooter: Dawn Fall, ada sebab juga mengapa peminat anime tidak menyukai platform tersebut.

Kalau anda ingin tahu, kedua-dua siri tersebut telah pun ditayangkan dahulu di Disney+ Jepun sebelum ianya tersedia di negara lain. Berbanding episod simulcast yang kita dapat selepas beberapa jam tayangan di Jepun, ada kemungkinan besar Bleach TYWB akan boleh ditonton beberapa minggu lebih lambat. Bayangkan sudah tunggu bertahun-tahun untuk adaptasi arc terakhir, tahu-tahu kena tunggu lebih lama kerana platform penstriman. Memang hilang terus “hype” kalau perkara ini betul.

Memandangkan akan ada livestream anime Bleach nanti, kita nantikan sahaja pengumuman rasmi nanti. Harap-haraplah khabar angin ini tidak tidak betul. Bosan juga kalau nak elak klip spoiler daripada peminat Jepun. Kalau anda ingin mendapatkan liputan lain mengenai Bleach daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post