Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime ‘Bleach: Thousand-Year Blood War Part 3 – The Conflict’ Akan Datang Oktober 2024!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 8, 2024
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Anime ‘Bleach: Thousand-Year Blood War Part 3 – The Conflict’ Akan Datang Oktober 2024!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada hujung minggu lalu, Aniplex mendedahkan bahawa anime Bleach: Thousand-Year Blood War Part 3 – The Conflict rasmi akan ditayangkan pada bulan Oktober 2024. Selain mengumumkan tarikh tayangan, trailer rasmi dan poster utama turut didedahkan bersama barisan lagu.

Dalam video di atas, kita dapat pengesahan ‘SIX LOUNGE’ akan mempersembahkan lagu tema pembukaan “Kotoba ni Sezu Tomo” manakala ‘suisoh’ akan mempersembahkan lagu tema penamat “Monochrome”.

Studio Pierrot masih bertanggungjawab untuk produksi anime ini tetapi kini mereka mempunyai bantuan sub-studio baharu bernama Pierrot Films, di mana studio berusaha untuk menyampaikan anime dengan kualiti sinematik tinggi, diilhamkan oleh kejayaan Demon Slayer dan Jujutsu Kaisen.

Kredit: © 久保帯人/集英社・テレビ東京・dentsu・ぴえろ

Bagi mereka yang tidak tahu, The Thousand Year Blood War ialah story arc terakhir manga, dan menceritakan selepas The Lost Agent arc hingga ke penghujung Bleach.

Cour (Bahagian) pertama anime The Thousand Year Blood War mula disiarkan pada Oktober 2022, dan serta-merta menerima pujian daripada peminat dan pengkritik, dengan animasi moden dan kualiti yang lebih baik.Cour kedua pula ditayangkan pada Julai 2023, dan mengadaptasi sejumlah pertarungan epik termasuk pertarungan antara para Kenpachi. Kini Cour ketiga, bertajuk “The Conflict”, akan sambung mengadaptasikan detik-detik yang lebih menarik daripada manga.

Kredit: © 久保帯人/集英社・テレビ東京・dentsu・ぴえろ

Trailer di atas bermula dengan adegan semua Bankai yang dilihat dalam Thousand Year Blood War, tetapi ditamatkan dengan Bankai serba baharu daripada kapten terbaharu Gotei 13, Kyōraku Shunsui yang memulakan babak baharu. Beberapa adegan aksi tertumpu pada Ichigo melawan Yhwach, tetapi kebanyak adegan lain datang daripada pertarungan antara Gotei 13 menentang ahli Schutztaffel, iaitu askar peribadi elit Yhwach, yang terdiri daripada Sternritter terkuat Wandenreich.

Kredit: © 久保帯人/集英社・テレビ東京・dentsu・ぴえろ

Bleach: Thousand-Year Blood War dibahagikan kepada empat Cour (bahagian), dan memandangkan kita sudah sampai ke bahagian ke-3, konflik antara Quincy dan Shinigami semakin menghampiri kemuncaknya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeBleach: Thousand-Year Blood War
ShareTweetSend
Previous Post

BLEACH Rebirth of Souls – Game Konsol Pertama Selepas 13 Tahun!

Next Post

‘Omniscient Reader’s Viewpoint’ Dapat Adaptasi Anime

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
‘Omniscient Reader’s Viewpoint’ Dapat Adaptasi Anime

'Omniscient Reader's Viewpoint' Dapat Adaptasi Anime

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd