Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime BLEACH kembali! Sambungan story arc “Thousand-Year Blood War”!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 19, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Anime BLEACH kembali! Sambungan story arc “Thousand-Year Blood War”!
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah lapan tahun sejak anime Bleach berhenti secara tiba-tiba, tetapi itu semua akan berubah tahun ini. Laporan baru telah muncul dari Jepun yang nampaknya mengesahkan anime baru Bleach sedang dalam pembikinan.

Bagi mereka yang tidak kenal Bleach, saya sarankan anda tonton anime ini secepat mungkin. Hasil karya Kubo Tite pada lebih sedekad lalu, Bleach menceritakan tentang Kurosaki Ichigo. Remaja berambut oren ini adalah pelajar biasa di sekolah menengah sehingga dia mendapati dia memiliki kuasa yang kuat. Kuasa ini membawa dia untuk bertemu dengan Kuchiki Rukia yang secara tidak sengaja mengubahnya menjadi “Substitute Soul Reaper“, dan menugaskan Ichigo dan sahabat barunya untuk menghapuskan roh jahat dan menyelamatkan Soul Society.

The “Bleach” Thousand-Year Blood War arc anime adaptation has also been confirmed. pic.twitter.com/njNP5mYPKM

— A.I.R (Anime Intelligence (and) Research) (@AIR_News01) March 18, 2020

Selama lapan tahun sekarang, para peminat menantikan kepulangan Bleach, dan nampaknya mimpi mereka akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Setakat ini, tiada pengumuman rasmi mengenai musim baru daripada Shueisha, tetapi poster “leaked” ini dilaporkan berasal daripada isu akan datang Weekly Shonen Jump. Peminat akan mendapat pengesahan rasmi pada sabtu ini kerana Bleach akan mengadakan siaran langsung untuk membincangkan masa depannya.

Sekiranya laporan ini benar, kepulangan Bleach pasti mengembirakan peminat lama. Anime asal berakhir sebelum ia dapat diadaptasikan kepada story arc terakhir, dan ramai yang setuju bahawa story arc terakhir ini adalah yang paling gempak di dalam siri Bleach. Arc “Thousand-Year Blood War” menampilkan pertarungan Ichigo dengan penjahat paling sukar dalam sejarah sambil menjawab beberapa soalan utama tentang keturunannya dan sejarah Quincy. Buat masa sekarang, peminat boleh baca dahulu jalan cerita ini di manga, dan menghitung hari-hari sehingga laporan rasmi diumumkan sabtu ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animebleachKubo TiteKurosaki IchigomangaThousand-Year Blood WarWeekly Shonen Jump
Previous Post

Hero terbaru OVERWATCH adalah robot canggih bernama ECHO!

Next Post

PUBG MOBILE rai ulang tahun Ke-2 bersama rakyat MALAYSIA!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
PUBG MOBILE rai ulang tahun Ke-2 bersama rakyat MALAYSIA!

PUBG MOBILE rai ulang tahun Ke-2 bersama rakyat MALAYSIA!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd