Black Clover adalah salah satu siri manga paling berjaya di Shonen Jump tetapi apabila adaptasi anime keluar, ia bermula dengan sukar. Selepas berpuluh-puluh episod, ia sekarang sukar untuk menolak kehebatan Black Clover kerana francaisnya telah berkembang dengan pesat. Dengan lebih daripada 100 episod, tiada apa yang boleh menghalang siri ini daripada menjadi lebih terkenal.. Malangnya, laporan baru menunjukkan Black Clover pun akan ditangguhkan.
Laporan itu berasal dari akaun SpyTrue di Twitter. Dia memberitahu bahawa:
“TV Anime Black Clover akan ditunda sekitar Episode 132”
https://twitter.com/Spytrue/status/1250845398010408961
Sudah tentu, peminat cepat bertindak balas terhadap berita itu, dan mereka tidak terlalu senang dengan info tersebut. Tidak ada alasan langsung untuk penundaan itu tetapi ramai memahami bahawa pandemik yang sedang berlaku telah menyebabkan gangguan di dalam industri anime. Ramai produksi tidak dapat menghasilkan episod baru untuk mereka, dan kita masih tidak tahu jika Black Clover ada baki episod yang sudah siap untuk ditayangkan.
Tidak ada maklumat untuk bila anime akan kembali, tetapi tayangan Black Clover akan berhenti tidak lama lagi. Episod 132 dijadualkan pada minggu ini, jadi kemungkinan besar anime akan ditangguh sebelum bulan April berakhir. Sekiranya perkara itu berlaku, industri akan mengalami satu lagi isu. Setakat ini, anime seperti Re: Zero dan Sword Art Online telah ditangguhkan dengan One Piece bakal menyusul jalan yang sama.
@gamersantaimy
Discussion about this post