Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Black Clover akan tamat pada Mac 2021 besertakan pengumuman penting!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 3, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Anime Black Clover akan tamat pada Mac 2021 besertakan pengumuman penting!
Share on FacebookShare on Twitter

Black Clover adalah antara anime paling terkenal buat masa sekarang sejak membuat debut pertamanya pada beberapa tahun lepas. Malangnya, saya ada berita buruk untuk peminat semua. Walaupun manga berjalan seperti biasa, anime telah mengumumkan bahawa ia akan berakhir!

Ternyata, anime Black Clover akan tamat pada 30 Mac. Kita ada masa sekitar dua bulan lagi untuk menonton siri ini, dan saya tahu ramai yang kecewa. Lagipun, Black Clover adalah salah satu siri paling disayangi oleh peminat anime, jadi pengakhirannya memang tidak dijangka. Oleh itu, pengarah Tatsuya Yoshihara masih ingin memberikan harapan kepada peminat dan memberitahu di Twitter bahawa sebuah pengumuman besar akan dibuat setelah tayangan episod akhir!

【最終回決定!同日、重大発表!】
3/30(火)に最終回放送決定📺‼
さらに最終回の放送後に重大発表を行います✨

最終回に向けてまだまだ盛り上がります!
最後まで応援よろしくお願いします🍀#ブラッククローバー #ブラクロ pic.twitter.com/fym7ZB0o7H

— ブラッククローバー_映画公式/日本全国ロードショー&Netflix世界独占配信中 (@bclover_PR) February 2, 2021

“Saya telah terlibat dengan Black Clover selama lima tahun, sejak mula merancang PV-nya. Ia akan berakhir dengan episod 170, jadi saya harap anda akan melihat Asta hingga ke akhir. Nantikan pengumuman besar yang terakhir,” -kata Yoshihara.

Setakat ini, ada dua teori utama untuk pengumuman rahsia ini. Pertama, Black Clover memang akan berakhir kerana anime berjaya kejar jalan cerita manga. Untuk mengelak banyak content “filler“, nampaknya produksi anime akan tamat sementara waktu, tetapi mungkin akan kembali suatu hari nanti ketika naratif manga sudah semakin jauh.

Teori kedua pula ialah berkenaan dengan filem. Kita masih tidak ada filem rasmi Black Clover, dan itu pun sudah cukup pelik memandangkan anime ini sangat popular. Kemungkinan besar, sebuah filem anime sedang dalam pembikinan. Ini hanyalah spekulasi, dan lebih baik kita tunggu dan lihat apa yang berlaku pada 30 Mac.

Apa pendapat anda tentang pengumuman ini? Adakah manga Black Clover pun akan tamat dalam masa terdekat? Kongsi pendapat di ruang komen sekarang! Untuk segala liputan kami tentang Black Clover, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeBlack CloverFinaletamat
Previous Post

Destruction AllStars kini secara eksklusif boleh didapati di PlayStation 5

Next Post

Path of Glory: Season 3 kini hadir di Black Desert Mobile

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Path of Glory: Season 3 kini hadir di Black Desert Mobile

Path of Glory: Season 3 kini hadir di Black Desert Mobile

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd