Siri antologi animasi What If oleh Marvel Studios akan kembali untuk Season 2 apabila ia ditayangkan di Disney+ Hotstar pada 22 Disember. Untuk musim ke-dua, satu episode akan ditayangkan setiap hari untuk total 9 episod baharu.
Berikut adalah trailer terbaru:
Selepas meminta bantuan Guardians of the Multiverse untuk menghentikan Infinity Ultron, The Watcher kembali dalam What If Season 2 untuk bertemu hero baru dan menerokai dunia baharu yang pelik dalam Multiverse Marvel Cinematic Universe Ever yang luas.

Siri ini akan melawat semula detik-detik klasik Marvel Cinematic dengan pelakon suara sama yang memainkan semula peranan ikonik mereka. Musim ini akan menampilkan watak-watak seperti Black Panther, Doctor Strange, Thor, Nebula, Hulk, Ant-Man, Hela, Happy Hogan, dan banyak lagi. Jadi peminat dapat melihat sisi baharu tentang hero kegemaran mereka.

Buat masa sekarang, kita hanya tahu plot tentang dua episod. Berikut adalah sinopsisnya:
Episod 1: “What If… Nebula Joined the Nova Corps?”
Dalam dunia di mana Ronan mengalahkan Thanos sebelum peristiwa “Infinity War”, Nebula direkrut untuk menyertai Nova Corps. Terdesak untuk melarikan diri dari bayang-bayang bapanya, dia berusaha untuk membuktikan kebolehannya.
Episod 3: “What If Happy Hogan Saved Christmas?”
Apabila Justin Hammer menyerang Avengers Tower semasa musim cuti, hanya ada seorang yang ada di bangunan untuk menghalangnya—Happy Hogan. Dalam usaha untuk membuktikan kehebatannya, orang suruhan Iron Man itu mungkin menunjukkan kekuatannya dalam pelbaga cara.

Sekali lagi saya ingatkan, Marvel What If Season 2 akan ditayangkan di Disney+ mulai 22 Disember! Sebanyak 9 episod akan disiarkan di mana satu episod akan ditayangkan setiap hari.
Dapatkan segala berita kami tentang Marvel di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post