Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Angry Bird, Mod RageGear dan Snowboard menyerang PUBG Mobile dalam kemaskini 0.16.0 terbaru?!

Pelbagai lagi pembaharuan dalam kemaskini besar-besaran kali ini!

Nyny.A by Nyny.A
December 12, 2019
in Android, Artikel, Berita, Emulator, iOS, Mobile
0 0
0
Angry Bird, Mod RageGear dan Snowboard menyerang PUBG Mobile dalam kemaskini 0.16.0 terbaru?!
Share on FacebookShare on Twitter

Siapa yang dah kemaskini PUBG Mobile 0.16.0 yang bermula semalam? Dengar cerita berat sangat kemaskini kali ini sampai ada yang kata telefon tak sokong? Bertabahlah rakan-rakan PUBG Mobile, tapi sayanglah anda terlepas sesuatu yang sangat menarik disediakan oleh Tencent Games untuk kemaskini besar PUBG Mobile kali ini dan itu termasuk mod terbaru RageGear dan juga Kolaborasi bersama Angry Birds!

Musim Krismas datang awal untuk peminat pemain PUBG Mobile! Kemaskini terbaru kali ini memberi tema musim sejuk, mod EvoGround terbaru yang dipanggil RageGear yang tersangatlah menarik dengan pertempuran kombat menggunakan kenderaan memusnahkan pihak musuh! Kemaskini gempak kali ini memakan sekurang-kurangnya 0.70GB sertajangan terlupa anda perlu memuat turun semula peta dalam permainan dan anda boleh kemaskini di Apps Store atau di Google Play Store.

Anda boleh lihat patch notes sepenuhnya dilaman web rasmi PUBG Mobile, tetapi kami disini akan mengongsikan kemaskini yang agak menarik untuk anda ketahui!

Mod RageGear

Yang pertama adalah mod RageGear, dimana sekali lagi Tencent telah memberikan keunikan terhadap permainan mudah alih battle royale yang popular ini. Mod berasaskan sepasukan ini menumpukan kepada pertempuran menembak/memusnahkan kenderaan pihak musuh.

Pemain sepasukan akan dipilih dua orang dari satu kenderaan dengan seorang membawa kereta, seorang lagi mengendalikan senjata. Jika kenderaan musnah, pemain akan bertukar kedudukan tersebut. Setiap kenderaan tersedia senjata auto yang hebat seperti Gatling, mounted shotgun, atau mounted RPG. Ianya akan menembak secara auto bila membawa kenderaan kearah musuh. Pemain yang pusinganya untuk memegang senjata dan menembak pula boleh memilih antara RPG, Grenade Launcher dan M249.

RageGear sebenarnya menawarkan dua mod untuk bermain: mod pasukan Deathmatch yang lebih tradisional di mana anda mendapat mata untuk setiap kenderaan yang musnah dan Mod Pick Up sebagai tugas pasukan dengan mengumpul Points Crates yang bertaburan di sekitar peta RageGear.

Seterusnya adalah Freestyle Snowboarding!

Ya! Jika anda bermain didalam peta Erangle mod Klasik, anda berpeluang masuk ke Snow Paradise! Setiap pemain akan mendapat snowboard (Papan peluncur salji) di kotak drop dan anda boleh menggunakanya di kawasan 3 bukit yang ada didalam peta. Anda boleh menggunakan snowboard anda seperti kegunaan pengendalian kenderaan yang lain.

Juga terdapat juga ski lift yang tersedia untuk membawa anda naik semula keatas bukit/gunung peta. Tetapi sambil dalam keseronokan itu, hati-hati dengan pemain lain yang masih dahagakan darah untuk kejar Winner Winner Chiken Dinner!

Mod Snow Paradise ini akan muncul secara rawak, jadi kemungkinan anda perlu mencuba beberapa kali di peta Erangle untuk mendapat mod ini.

Pokok Krismas? 

Masih ingat sebelum ini ada pokok sakura yang boleh kita tekan dan keluar barang? Sama juga seperti kalini kerana terdapat pokok Krismas yang berada dikawasan tertentu setiap peta untuk anda tekan dan mendapatkan satu item seperti, beg, helmet atau vest.

Angry Bird kini Kolaborasi bersama PUBG Mobile!! 

Bersedia tahan telinga anda setiap kali di lobi permulaan permainan, kerana bunyi bom Angry Bird pasti akan memecahkan gegendang telinga anda! Sebenarnya kolaborasi ini adalah sempena ulangtahun ke-10 permainan popular menggunakan lastik besar Angry Birds ini. Jadi dalam waktu yang terhad, anda berpeluang bermain dengan bom-bom Angry Birds ini di kawasan permulaan permainan. Dapat bom Angry Birds tu jangan baling kat pemain lain, sebaliknya anda boleh membalingnya ke Pigs yang terletak di rumah kayu kayan disitu.

Katanya lepas ni lebih banyak barangan Angry Birds untuk didapati juga!

Patch Notes selebihnya yang menjadi perhatian:

  • Di EvoGround kini mempunyai fungsi Loadout dimana pemain dapat pra-pilih senjata dan barang yang anda ingin sediakan sebelum dan semasa Team Deathmatch.
  • Anda kini boleh bertukar antara First-Person (FPP) atau Third-Person perspective (TPP) ketika bermain di mod Klasik, Arked, dan Latihan. Anda akan melihat butang untuk menukar perspektif dalam UI permainan (yang juga boleh dipindahkan atau dibuang dalam tetapan permainan).
  • Paling ketara berubah adalah… penyembuhan! Anda kini boleh menyembuhkan sambil bergerak menggunakan Med Kits, Painkillers, Energy Drink dan kegunaan lain semasa bermain dalam mod Klasik, walaupun kelajuan pergerakan anda berkurang ketika penyembuhan. Pembalut juga boleh digunakan secara berterusan dan secara automatik untuk mengembalikan kesihatan anda.

Sungguh hebat kemaskini kali ini kan, sekali lagi jika anda ingin melihat patch note selebihnya, jangan malu-malu untuk terus ke laman web rasmi PUBG Mobile atau dapatkan berita terkini di Facebook PUBG Mobile. Jadi apa tunggu lagi, jom Winter Winter Chicken Dinner di PUBG Mobile!

Sumber: PUBG Mobile

Muat turun di sini
PUBG Mobile
Publisher: Tencent Games
Developer: Lightspeed & Quantum
Release Date: 2018-02-09
Android, iOS
PLAYERUNKNOWN'S BATTLEGROUNDS yang direka khas untuk mudah alih! Bermain secara percuma di mana sahaja, bila-bila masa. PUBG MOBILE menyampaikan tindakan berbilang pemain yang paling sengit di telefon bimbit. Jatuhkan, gearkan, dan bersaing. Pertahankan pertempuran klasik epik 100-pemain, mod muatan dan pasukan peminat pasukan 4v4 dan mod zombie yang pantas. Paling penting Winner Winner Chicken Dinner!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: pubg mobilePUBG Mobile 0.16.0Winter Festival PUBG MobileWinter Winter Chicken Dinner
Previous Post

Very Little Nightmares muncul di Google Play selepas keluar di iOS awal tahun ini!

Next Post

Serigala legenda & makhluk asing?? Mari kenal dengan Legendary Pokémon di Sword & Shield!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Serigala legenda & makhluk asing?? Mari kenal dengan Legendary Pokémon di Sword & Shield!

Serigala legenda & makhluk asing?? Mari kenal dengan Legendary Pokémon di Sword & Shield!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd