Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anak anda mula terjebak dengan bermain game di PC? Ini panduan untuk anda bagi memantau mereka

Nak main boleh, tapi janganlah terlalu obses!

Nyny.A by Nyny.A
September 25, 2019
in Artikel, Berita, Bimbingan, Tips & Trick
0 0
0
Anak anda mula terjebak dengan bermain game di PC? Ini panduan untuk anda bagi memantau mereka
Share on FacebookShare on Twitter

Zaman sekarang ini, teknologi dimana-mana seinggalah terjebak kepada anak-anak yang masih bersekolah. Dahulu ramai pelajar yang kerap ke ‘cyber cafe’, kini ibu bapa membeli laptop atau PC Gaming dan terus membuat mereka rasa berminat untuk mencuba bermain permainan didalam PC. Bukan untuk menghalang, tetapi ianya adalah hiburan untuk anak-anak cuma jangan sesekali benarkan mereka menjadi terlalu obses kerana mereka masih perlu fokus terhadap pembelajaran.

Sumber: Fortnite

Perbezaan zaman sekarang dan dahulu ternyata tersangatlah berbeza. Tetapi ada baiknya jika anak anda bermain didalam rumah dan senang untuk anda memantau. Siapa sahaja tidak suka bermain game kan? Silap-silap kita sebagai IbuBapa turut serta bersama anak-anak untuk bermain permainan. Tetapi dalam permainan zaman sekarang ini terlalu banyak atas talian, memang senang tarik perhatian pengguna terutama dalam sesi pembelian atas talian, juga perkenalan bersama pemain lain dalam talian. Segala tingkah laku ini agak membahaya terutama ianya akan menjebak anak-anak kita untuk menggunakan bahasa kasar yang tersebar atas talian!

Sumber: Lovetoknow

Bukan itu sahaja, kita juga risau jika permainan yang dimuat turun adalah bertentangan dalam kehidupan, atau tidak sesuai untuk kanak-kanak terutama untuk permainan yang sesuai untuk 18tahun keatas sahaja!

Jadi hari ini kami akan kongsikan sedikit panduan bagi ibu bapa yang menghadap anak-anak yang berminat dengan PC Gaming. Bukan itu sahaja, beberapa senarai game yang sesuai untuk anak-anak anda pun kami kongsikan terutama bagi yang bersekolah rendah. Jom usha!

Peranan sebagai IbuBapa

Sumber: Verywell Family
  • Sentiasa pantau secara sepintas kilat! Ingat anak-anak ni kadang-kadang degil, bukan selalu nak bagi kita ganggu mereka bermain, jadi anda boleh rajinkan diri pantau media sosial mereka serta akaun permainan mereka untuk segala kemaskini mereka. Jika kesemua permainan yang dimainkan positif, anda memang bertuah dapat anak sebegitu. Jika tidak, inilah peranan anda sebagai ibubapa untuk berkias dan nasihat kepada mereka.
  • Perlukah BAN anak-anak yang degil? Mestikan dari sesi pantau mereka tadi, ada permainan yang agak tidak senangkan hati anda. Selalunya dari rakan permainan yang mengajar anak-anak bermain permainan ini. Jawapanya;
  • Sentiasa sembang pasal game! Nak masuk kelompok anak-anak muda sekarang mudah, bayangkan dalam dunia mereka, sentiasa sembang pasal permainan kepada mereka, kongsi cerita permainan zaman dulu hingga kini, selami dunia mereka dengan bincang topik-topik game menarik. Juga beritahu pasal bagusnya sesebuah permainan contohnya seperti Fortnite yang mengandungi kemaskini yang membosankan~ Contoh~ Jadi dari situ mereka mungkin akan terhibur! Dalam perkongsian sebegini akan membina perhubungan kekeluargaan.
  • Kawalan? Sebagai pendekatan untuk mengawal apa yang boleh diakses oleh anak-anak anda, beberapa platform di PC mempunyai kawalan ibu bapa. Seperti Steam’s Family View boleh menyekat kanak-kanak melihat store, kawan dan sembang, kandungan yang dihasilkan pengguna dan mempunyai profil awam. Begitu juga, Microsoft mempunyai Kawalan Ibu Bapa untuk permainan membeli-belah Microsoft Store.
Sumber: Steam

Apa yang penting, kurangkan kawal permainan apa yang mereka mainkan, sebaliknya lebih banyak menjadi sebahagian daripada apa yang mereka mainkan!

Kandungan Permainan

Ia kami tahu ibu bapa sangat risau dengan permainan yang terlalu ganas atau mempunyai kandungan seksual. Apa yang kita nak lakukan dengan pekara ini?

  • Panduan terbaik – Anda boleh cuba menggunakan aplikasi ini Common Sense Media. Dalam apps ini terdapat diskripsi pendek, rating dan kandungan sensitif yang dikongsikan dan senang untuk anda ketahui. Mudah kan?

  • Nasihat Industri – Nak tahu sesebuah permainan mempunyai penarafan apa? Adakah PEGI atau 18+? Okay anda boleh lihat di laman web ERSB, mudah nak guna cari sahaja permainan yang anda nak tahu, terus keluar! Lagi satu Ask About Games, mempunyai beberapa panduan yang mendalam dan sangat baik untuk permainan arus perdana tertentu seperti Apex Legends.
  • Laman web umum keluarga – Anda boleh lihat di Geek Mom atau Geek Dad, kat sini banyak perkongsian untuk permainan yang anak anda tidak harus bermain atau bagus, dan ramai yang akan membantu memberi idea untuk perkongsian permainan yang berpotensi untuk keluarga anda.

Pembelian dalam talian

Ini memang wajib dipantau agak anak-anak tidak terlebih obses dengan pembelian yang melampau. Cuba membeli permainan yang ada musim diskaun, kawal kad kredit anda dari senang diguna. Perhatikan apa yang mereka nak beli.

Media Sosial

Ada antara ibu bapa yang tidak pasti siaran laman sosial mana yang menjadi minat para gamers dan mungkin yang membuatkan anak anda terjebak dalam dunia ini. Sebab dari laman-laman sebegini, terdapat pelbagai gangguan, tingkah laku kasar, dan mendedahkannya kepada idea, perkauman, seksis, atau berbahaya, yang semestinya tidak sesuai untuk anak-anak kita. Tapi dalam kebanyakkan platform seperti Steam, Twitch membenarkan anda untuk menutup ciri sosial supaya kanak-kanak boleh bermain atau menonton tanpa mengalami aspek sosial mereka.

Sumber:Howtogeek

Jadi bagaimana dengan platform lain yang mungkin akan mencemar mereka? Jom lihat sini;

  • Discord – Discord ini adalah chat untuk para gamers untuk mengongsikan pelbagai kemaskini atau segala tentang permainan. Pelbagai saluran terdapat didalam Discord. Terdapat beberapa ciri ibu bapa (saluran yang ditandakan NSFW akan dikunci untuk pengguna muda), tetapi jika anda membenarkan anak anda menggunakan Discord (terma dan syarat rasmi memerlukan 13 tahun keatas), perhatikan channel yang mereka sertai. Juga, perhatikan bahawa Discord mengimbas perpustakaan permainan pengguna dan melaporkan apa yang mereka bermain di profil mereka. Anda mungkin mahu mematikannya.
  • Youtube dan Twitch – Kedua ini mempunyai kawalan ibu bapa. Tetapi perhatikan jika anak anda langgan channel streamers, mereka sering menggunakan ayat yang kasar dan mungkin akan membuatkan anak anda terjebak juga ada yang scammers! Lagi satu, jika anak anda ingin mencuba stream, galakkan sahaja! Mana tahu pendapatan mereka dapat membantu keluarga anda kelak!

Okay anda puas hati tak dengan perkongsian ini? Sesetengah permainan memberi contoh kebaikan permainan PC yang lebih baik daripada yang lain. Berikut adalah senarai permainan di PC yang akan membantu anak-anak anda membesar menjadi pemain PC yang baik.

Jadi kat bawah ini adalah beberapa senarai permainan PC yang sesuai untuk anak-anak anda.

Sumber: Tumblr

Minecraft , Apex Legends, Totally Accurate Battle Simulator, Besiege, Kerbal Space Program , The Sims 4 , Stardew Valley , Civilization 6, Overwatch, Lego City Undercover, Overcooked 2, RE: Legend, Rocket League, Roblox dan banyak lagi!

Jadi harap artikel ini dapat membantu ibubapa seperti anda. Terus sokong dunia anak anda, dalam cara yang positif. Jangan terlalu kawal dan jangan terlalu biarkan hingga anak-anak menjadi obses, nerd dan geek!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: PanduanPanduan ibubapa untuk anak gamersPetuatips and trickstips dan tricks
Previous Post

Malaysian Football League mengumumkan perasmian ePiala Malaysia 2019!

Next Post

Facebook mengumumkan FACEBOOK HORIZON, dunia sosial VR yang sebesar planet bumi!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Facebook mengumumkan FACEBOOK HORIZON, dunia sosial VR yang sebesar planet bumi!

Facebook mengumumkan FACEBOOK HORIZON, dunia sosial VR yang sebesar planet bumi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd