Dunia baru-baru ini didominasikan oleh beberapa permainan video indie, dan nampaknya semua orang kini sedang sibuk bermain Among Us oleh Innersloth. Kerana kejayaan permainan ini, Innersloth merancang untuk membangunkan sekuel, tetapi hari ini pasukan pemaju telah memutus untuk membatalkan Among Us 2 dan mengalihkan fokus mereka kembali ke permainan video pertama.
Dalam catatan blog di halaman Itch.io, pasukan pemaju mendedahkan rancangan mereka untuk masa depan Among Us, setelah membatalkan Among Us 2. Innersloth menjelaskan bahawa keputusan awal untuk menghasilkan sekuel adalah kerana pangkalan data Among Us yang ketinggalan zaman, yang membuatnya sukar untuk dikendalikan. Among Us dimainkan oleh lebih daripada satu juta pemain dalam satu masa, jadi Innersloth akhirnya memilih untuk menumpukan perhatian pada permainan video pertama dan bukannya sekuel.
Innersloth juga sudah mengumumkan penambahan dan fitur-fitur baru untuk Among Us 2, tetapi memandangkan ia dibatalkan, pasukan telah berkomitmen untuk menambahkan fitur-fitur tersebut di Among Us pertama. Among Us 2 sepatutnya ingin menambahkan perkara termasuk jumlah pemain yang lebih tinggi dan peranan baru untuk pemain, tetapi sekarang ini, ia akan digunakan untuk permainan pertama. Innersloth memberitahu bahawa ini mungkin menjadi pilihan yang lebih sukar kerana memerlukan beberapa bahagian kod utama untuk dikerjakan semula.
Catatan blog juga memperincikan beberapa penambahan lain untuk Among Us pada masa akan datang. Innersloth sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah server, akan menambah sokongan buta warna, sistem rakan dan akaun, serta peta baru yang baru memasuki fasa produksi awal.
Among Us kini tersedia untuk pelantar mobile dan PC.

@gamersantaimy
Discussion about this post