Elden Ring dianggap sebagai salah satu permainan yang paling susah sepanjang zaman. Walaupun Elden Ring menawarkan banyak musuh dan bos yang mencabar untuk pemain tetapi terdapat satu perkara yang tidak disukai peminat. Perkara itu adalah cara bagaimana pemain lain boleh “invade” game mereka, terutamanya sekarang terdapat beberapa penceroboh telah mula menggodam pemain lain.
Malangnya, terdapat beberapa pemain yang lebih seronok dengan merosakkan Elden Ring pemain lain daripada melawan bos, meneroka persekitaran dan bermain bersama pemain lain. Walaupun ianya perkara biasa bagi pemain untuk “invade” game orang lain, sesetengah pemain PC telah mengambil kesempatan ini dengan menggodam pemain lain.
Menurut Twitter @EldenRingUpdate, perkara ini berlaku apabila ada pemain yang masuk ke dalam game dan menggunakan “ability” yang menyebabkan game crash. Apabila di buka kembali game tersebut, pemain akan mengalami “death loop” tanpa henti.

Dalam tweet tersebut, @EldenRingUpdate juga memberikan satu pautan Reddit untuk membaiki game apabila perkara ini berlaku pada anda.
Berikut adalah cara-cara untuk menyelamatkan save file:
- Setiap kali game load, anda akan ada beberapa saat sebelum mati dan gunakan masa itu untuk tekan Alt + F4. Dengan menggunakan cara ini, anda akan mempunyai lebih banyak masa untuk membuka peta apabila masuk ke dalam game.
- Apabila anda masuk, buka peta dan tekan butang yang membuka senarai tempat tersedia di Sites of Grace lalu tekan butang “confirm” banyak kali.
Jika dibuat dengan betul, anda akan teleport dengan selamat ke Site of Grace. Jadi inilah masanya untuk backup semua fail untuk masa akan datang. Cara ini telah terbukti berkesan kerana ramai pemain telah mendapatkan failnya kembali.

Saya sarankan kepada pemain Elden Ring PC untuk tidak bermain game ini secara online dengan mematikan fungsi online di setting game sehingga ada kemas kini yang menyelesaikan isu ini. Untuk lebih banyak berita menarik tentang Elden Ring, sila klik pautan ini.
Sumber: Twitter
@gamersantaimy
Discussion about this post