Selepas meninggalkan season 1 dengan “cliffhanger” yang besar, akhirnya Netflix keluarkan trailer terbaru bagi Alice in Borderland dan sekali gus memberikan tarikh rasmi untuk tayangan season 2 pada Disember 2022.

Melalui teaser tersebut, kita boleh lihat pelakon yang kembali membuat penampilan termasuk protagonis Arisu dan Usagi. Dalam teaser tersebut, kita boleh lihat yang mereka berasa kecewa bahawa terdapat lebih banyak cabaran yang akan datang apabila memasuki fasa kedua game.

Selain Kento Yamazaki, Tao Tsuchiya dan Riisa Naka yang sudah pasti akan kembali dalam season 2, terdapat pelakon lain juga akan kembali termasuk Keita Machida, Sho Aoyagi, Nijiro Murakami, Dori Sakurada, Yuki Morinaga, Ayu Asahina dan Ayaka Miyoshi.
Terdapat juga pelakon baharu yang akan melakonkan watak masing-masing seperti Yuri Tsunematsu, Hayato Isomura, Tomohisa Yamashita, Honami Sato, Kai Inowaki dan Katsuya Maiguma. Alice in Borderland Season 2 dijangka bakal meliputi separuh terakhir daripada manga asal yang telah dicipta oleh Haro Aso. Berikut adalah sinopsis Alice in Borderland yang diadaptasikan oleh Netflix dan diarahkan oleh Shunsuke Sato.

Arisu dan Usagi mesti membongkar misteri Borderland untuk kembali ke dunia mereka. Beralih daripada suasana mengejutkan Shibuya kosong pada musim pertama, musim ini berlatarkan Shibuya yang musnah diliputi tumbuhan. Jangan lepaskan sedetik pun game survival yang penuh dengan aksi yang sengit dan cerita yang mendebarkan!
Menurut Netflix
Saya ingin mengingatkan anda bahawa Alice in Borderland akan mula ditayangkan pada bulan Disember 2022 di Netflix. Apa perasaan korang selepas menonton “super teaser trailer” Alice in Borderland Season 2? Cuba kongsikan perasaan korang tentang Alice in Borderland season 2 di ruangan komen.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai siri, filem, anime dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post