Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Alejandro Kakaroto – pemain pro bola sepak dinamakan sempena Goku dari Dragon Ball!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 3, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Alejandro Kakaroto – pemain pro bola sepak dinamakan sempena Goku dari Dragon Ball!
Share on FacebookShare on Twitter

Sangat berpengaruh pada era 90-an hingga awal 20-an, francais Dragon Ball diakui amat popular di seluruh dunia hingga ramai ibubapa mula menamakan anak mereka sempena protagonis cerita, Goku. Begitulah kes Alejandro Kakaroto, seorang pemain bola sepak profesional Brazil yang mengakui namanya berasal daripada Goku.

Alejandro Kakaroto adalah seorang pemain bola sepak profesional yang mewakili Clube do Remo dari Serie C di Brazil. Kerana prestasinya yang menyerlah dalam pasukan B-17, ramai mula menemu ramah dia untuk mengetahui lebih lanjut. Di sinilah, dia mendedahkan kisah sebenar di sebalik namanya.

Maklumat ini datang daripada Globo (melalui Mediotempo), sebuah media berita dari Brazil. Disebabkan reputasi Kakaroto semakin meningkat di Clube do Remo semasa kejohanan “Club Athletico Paranaense U-17”, ramai meluahkan hasrat untuk menemu ramah pemain bola sepak itu. Dalam salah satu temu ramah, Kakaroto mengakui bahawa namanya diberikan oleh bapa, juga seorang bekas pemain bola sepak, yang sangat menyukai Dragon Ball Z.

“Nama saya berasal daripada bapa, bekas atlet bola sepak. Semasa zaman aktif, dia banyak menonton anime Dragon Ball Z. Kakarot adalah nama sebenar watak Goku, jadi itu pun menjadi nama saya”.

kata Kakaroto.

Ini bukan kali pertama seorang individu dinamakan sempena anime terkenal. Sebagai contoh, seorang bapa di Filipina menamakan anaknya Naruto Uzumaki Namikaze. Seperti saya kata tadi, fenomena anime semakin luas di seluruh dunia dan menghasilkan pelbagai jenis peminat. Bukan salah untuk memberi nama sempena tokok kegemaran, cuma pastikan ia masuk akal lah.

Bersama nama berinspirasikan Goku, adakah Kakaroto dapat mengukir nama sebagai pemain bola sepak hebat? Apa pendapat korang pula – nama apa yang korang nak beri pada anak nanti? Untuk membaca segala liputan kami tentang anime, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Alejandro KakarotoanimeDragon Ballgoku
Previous Post

Russo Brothers tidak terlibat dengan Marvel hingga 2023, sibuk dengan projek sendiri

Next Post

Pencipta One Punch Man akan keluarkan manga baru, VERSUS!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!

June 3, 2025
Wizards of the Coast Umum Game Action-Adventure Dungeons & Dragons Baharu
Berita

Wizards of the Coast Umum Game Action-Adventure Dungeons & Dragons Baharu

June 3, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Next Post
Pencipta One Punch Man akan keluarkan manga baru, VERSUS!

Pencipta One Punch Man akan keluarkan manga baru, VERSUS!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd