Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Albion Online Melancarkan Update ‘Wild Blood’ – Tersedia sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 17, 2023
in Android, Artikel, Berita, iOS, MMO, Mobile, PC
0 0
0
Albion Online Melancarkan Update ‘Wild Blood’ – Tersedia sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini,  MMORPG fantasi Albion Online, yang dibangunkan oleh Sandbox Interactive, telah melancarkan kemas kini untuk kandungan besar terbaharunya: Wild Blood.

Kemas kini ini memperkenalkan beberapa penambahan dan penambahbaikan baharu kepada dunia Albion, dengan Shapeshifter Weapon, Tracking, Awakened Weapon, potion baharu dan diolah semula, dan banyak lagi.

Sempena itu, mereka telah mengeluarkan trailer baharu yang anda boleh tonton di bawah:

Transformasi Baharu yang Lebih Menakutkan

Kredit: Sandbox Interactive

Shapeshifter Weapon ialah barisan senjata Staff serba baharu yang membolehkan pemain berubah menjadi makhluk hebat di medan perang, serta meluaskan pilihan senjata dan membawa tahap baharu kepada sistem ‘inventori’ Albion.

Selain itu, Tracking adalah aktiviti baharu di mana makhluk yang sama boleh diburu di dunia terbuka secara berkumpulan. Pemburuan ini akan membawa anda ke kawasan yang tidak dijangka, tetapi kejayaan akan memberi ganjaran artifak ajaib dan bahan-bahan yang jarang ditemui.

Kuasa Baru Dilepaskan

Kredit: Sandbox Interactive

Bahan-bahan yang diperoleh melalui Tracking boleh digunakan untuk menghasilkan tujuh potion unik baharu dan Shapeshifter Weapon, manakala potion kini boleh “enchant” ke tahap baharu. Pada masa yang sama, Awakened Weapon boleh dilengkapi dengan gabungan ciri-ciri unik, lalu membolehkan pemakai untuk memanfaatkan kekuatan lebih tinggi.

Penambahbaikan Tambahan

Kredit: Sandbox Interactive

Pulau Peribadi kini mempunyai visual baharu, untuk mencerminkan biom bandar mereka, dan pemain kini boleh memiliki lebih daripada satu pulau. Tambahan pula, bonus baru untuk farming bagi setiap biom menggalakkan perdagangan dan pengkhususan ekonomi.

Dungeon rawak juga mempunyai visual baharu yang ekspresif, bersama dengan reka letak yang diolah semula dan beberapa musuh baru untuk menghadapi. Death Recap turut membolehkan pemain melihat kekalahan mereka baru-baru ini, untuk mengenal pasti kesalahan dan mengasah kemahiran mereka sebelum kembali ke pertempuran.


Untuk senarai lengkap bagi segala perubahan dalam Albion Online: Wild Blood, anda boleh melihat patch note untuk maklumat lanjut. Bagi mereka yang berminat, Albion Online boleh dimuat turun secara percuma di PC & Mobile (Android, iOS).

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
ShareTweetSend
Previous Post

Sonic Superstars Review — Kembali ke Pengembaraan Platformer Sonic Dengan Ciri-ciri Moden!

Next Post

Nak Belajar Main Pokemon TCG? Hadiri Sesi Tutorial Khas Semasa Acara Cos-Mic 2023!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Nak Belajar Main Pokemon TCG? Hadiri Sesi Tutorial Khas Semasa Acara Cos-Mic 2023!

Nak Belajar Main Pokemon TCG? Hadiri Sesi Tutorial Khas Semasa Acara Cos-Mic 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd