Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Alasan sebenar mengapa Eiichiro Oda tidak suka menonton video teori One Piece di YouTube

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 7, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Alasan sebenar mengapa Eiichiro Oda tidak suka menonton video teori One Piece di YouTube
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, pencipta manga One Piece, Eiichiro Oda, telah membincangkan tentang topik teori One Piece di Youtube dalam sesi Soal Jawab yang diterbitkan dalam jilid ke-101 manga. Apabila ditanya sama ada pernah menonton video analisis di YouTube, Oda menjawab:

“Saya kenal mereka, dan kadangkala pernah melihat beberapa video. Saya terkejut melihat betapa pandainya semua orang. Ramalan mereka tentang peristiwa masa depan amat tepat pada sasaran, jadi saya pastikan diri untuk tidak menonton.”

Image

Oda seterusnya menjelaskan bahawa dia mencipta siri One Piece untuk semua golongan pembaca supaya mereka boleh terlibat dengan manga dari mana-mana peringkat dan merasakan keadaan boleh jadi berbahaya jika mengambil kira pendapat peminat tegar secara mendalam.

Oda bersambung berkata jika berbuat demikian, dia kemungkinan besar akan “mengurangkan aspek penjelasan [tentang apa yang berlaku] atau langsung tidak menjelaskan naratif. Andai kata berlaku, ini menjadikan cerita One Piece susah untuk diakses.

Image

Walaupun kata begitu, dia tidak memeriksa mana-mana YouTuber secara teliti, dan sebaliknya menggalakkan pembaca untuk teruskan menonton kandungan video mereka. Oda juga tidak pernah menghalang mana-mana pihak untuk berbincang tentang teori One Piece dan sebenarnya mempunyai program bernama “Nakama ga Iru Tube” di halaman YouTube rasmi One Piece, yang terdiri daripada perbincangan meriah antara sejumlah pakar analisis manga.

One Piece pertama kali diterbitkan dalam majalah Weekly Shonen Jump terbitan Shueisha pada 19 Julai, 1997. Dalam tankobon ke-100 yang dikeluarkan di Jepun pada September 2 lalu, Oda mendakwa bahawa “cerita ini sudah berada di peringkat akhir.” Sebelum ini, dia juga berkata ingin menamatkan One Piece dalam tempoh empat atau lima tahun dalam sebuah temu bual pada Ogos 2020.

Apa pendapat anda? Bagaimana One Piece akan tamat? Jom kongsikan pendapat di ruang komen! Untuk segala liputan kami tentang One Piece, sila tekan pautan ini.

Sumber – ANN

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Eiichiro Odamangaone pieceTeori
Previous Post

Alami dunia “Neo” dalam demo interaktif The Matrix Awakens di PS5 & Xbox Series X/S

Next Post

Antara kontroversi terbesar dunia gaming sepanjang 2021!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Next Post
Antara kontroversi terbesar dunia gaming sepanjang 2021!

Antara kontroversi terbesar dunia gaming sepanjang 2021!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd