Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Aksesori yang boleh tingkatkan prestasi untuk gamer mobile

safwan by safwan
June 15, 2022
in Android, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, iOS, Mobile, Panduan, Senarai, Teknologi
0 0
0
Aksesori yang boleh tingkatkan prestasi untuk gamer mobile
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan game mobile yang semakin popular, banyak aksesori yang telah dikeluarkan untuk meningkatkan prestasi semasa bermain game dalam masa yang sama memberikan keselesaan kepada pemain. Kali ini, kami ingin kongsikan 5 aksesori yang boleh bantu anda meningkatkan prestasi kepada gamer mobile.

Gamepad/Controller

Terdapat pelbagai reka bentuk yang banyak sedang dipasarkan sekarang tetapi sebelum itu, adakah anda memerlukannya untuk meningkatkan prestasi semasa bermain?

Jawapan yang saya boleh berikan adalah ya dan tidak. Hal ini kerana ada sesetengah skrin tidak dapat mengesan jari dengan cepat dan tepat. Jadi, korang boleh dapatkan gamepad ataupun controller untuk atasi masalah ini dan bermain dengan lancar.

Berikut adalah cadangan yang saya boleh berikan mengikut bajet yang rendah iaitu bawah RM100.

  • Bluetooth Mocute Gamepad T6 Pro Black – RM 68.90
  • Bluetooth Mocute Gamepad M6 black – RM 99.85

Trigger

Jika anda rasa gamepad dan controller terlalu besar dan terlalu banyak butang untuk ditekan, anda boleh dapatkan trigger di mana ia tidak menggunakan bateri, wayar dan sebarang tenaga untuk menghidupkannya. Cara nak pakai pun senang. Anda perlu letakkan di bahagian yang anda inginkan dan setup butang pada game. Selepas selesai setup, anda boleh bermain dengan sangat lancar dan lebih mudah.

Berikut adalah cadangan yang saya boleh berikan mengikut bajet yang rendah iaitu bawah RM70.

  • realme Mobile Game Trigger – RM 69.00
  • Black Shark Game Trigger – RM 65.00

Cooler

Tidak kisah sama ada main game di laptop, pc mahupun mobile, mesti akan ada masalah peranti cepat panas. Kini, dengan adanya teknologi cooler, peranti anda akan kurang panas ketika bermain selepas memakainya. Tambah pula dengan bermain game berat dengan sangat lama seperti PUBG Mobile, Apex Legends, Wild Rift, Mobile Legends dan banyak lagi. Sudah pasti tangan anda tidak akan dapat bertahan dengan lama.

Berikut adalah cadangan yang saya boleh berikan mengikut bajet yang rendah iaitu bawah RM50.

  • Memo Mobile Phone Cooler – RM 19.80

L Shape USB

Wayar USB berbentuk L dapat memberikan keselesaan kepada anda sekali gus meningkatkan prestasi semasa bermain. Ya saya tahu banyak diantara anda tidak akan bermain waktu mengecas telefon tetapi ia boleh digunakan ketika bateri rendah dan tidak boleh bertahan lama seperti anda jangkakan.

Berikut adalah cadangan yang saya boleh berikan mengikut bajet yang rendah iaitu bawah RM50.

  • Mcdodo Type-C – RM 15.90
  • UGreen Type-C – RM 16.90

Stoking Jari

Mungkin ada yang tertanya-tanya, perlu ke pakai stoking jari ini. Jika anda rasa ada masalah semasa sentuh skrin telefon semasa bermain game, kami boleh katakan yang anda perlukannya. Anda jangan risau tentang jari berpeluh atau panas kerana stoking jari ini menggunakan kain yang nipis dan tidak terasa panas.

Berikut adalah cadangan yang saya boleh berikan mengikut bajet yang rendah iaitu bawah RM50.

  • Shezi Finger Sleeve – RM 7.90

Itu sahaja yang dapat kami kongsikan kali ini berkaitan aksesori yang boleh tingkatkan prestasi untuk mobile gamer. Jadi, apa pendapat anda, adakah aksesori ini dapat membantu meningkatkan prestasi semasa bermain game? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai teknologi, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: aksesorimobile gamer
Previous Post

10 watak anime popular dengan angka BUNUH paling tinggi!

Next Post

Miliki barangan Disney melalui shopDisney! Ada penghantaran ke Malaysia tau!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Miliki barangan Disney melalui shopDisney! Ada penghantaran ke Malaysia tau!

Miliki barangan Disney melalui shopDisney! Ada penghantaran ke Malaysia tau!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd