Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Akira Toriyama akan turunkan ‘legasi Dragon Ball’ ke anak sulung lelaki

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 25, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Akira Toriyama akan turunkan ‘legasi Dragon Ball’ ke anak sulung lelaki
Share on FacebookShare on Twitter

Dragon Ball membuat debut pertama pada tahun 1984, dan walaupun banyak masa sudah berlalu, Akira Toriyama selaku pencipta siri sentiasa bersama francais itu dalam setiap proses. Setelah mempopularkan nama Dragon Ball di seluruh dunia, nampaknya Akira Toriyama akan menurunkan legasi francais kepada anak sulung lelaki sebaik sahaja dia bersara.

Akira Toriyama

Maklumat ini datang semasa acara San Diego Comic-Con (melalui DBSHype)di mana penerbit Toei Animation, Norihiro Hayashida, menghadiri temu ramah bersama peminat, dan menjelaskan peranan Toriyama dalam projek filem Super Hero. Seperti yang dijanjikan, beliau memang mengawasi cerita Dragon Ball Super: Super Hero tetapi melakukannya bersama bantuan anak sulung lelaki, Sasuke Toriyama.

https://twitter.com/xmbhwfqdx/status/1234446874435706886

Menurut Hayashida, Sasuke “bertanggungjawab” ke atas legasi bapanya untuk filem itu dan memastikan ia dilaksanakan. Ini juga adalah kali pertama saya mendengar Akira Toriyama melibatkan ahli keluarga dalam projek Dragon Ball, tetapi ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan dalam industri manga/anime (contoh: Hayao Miyazaki dan anaknya Goro untuk Studio Ghibli).

Jadi apabila Toriyama bersara, nampaknya Sasuke akan membuat setiap keputusan kreatif berkenaan siri.

Selain itu, Toriyama mempunyai anak didik yang pakar dalam visi kreatif dan gaya lukisan Dragon Ball. Bernama Toyotaro, artis itu mula dilatihkan sejak beberapa tahun lalu dan kini bekerja sebagai pelukis semasa untuk manga Dragon Ball Super. Malangnya, kita tidak dimaklumkan jika dia akan terus berkarya atau tidak untuk Dragon Ball walaupun pencipta Akira Toriyama sudah bersara.

Untuk maklumat penuh tentang latar belakang Toyotaro dan bagaimana dia terpilih sebagai pelukis Dragon Ball, korang boleh baca di sini.

Apakah pendapat korang tentang berita? Adakah anak Akira Toriyama dapat menjayakan visi ayahnya dan mengekalkan kejayaan legasi Dragon Ball? Jom kongsi pendapat korang di ruang komen! Untuk segala liputan kami tentang Dragon Ball, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: akira toriyamaanimeDragon Ball
Previous Post

Pelukis Manhwa Solo Leveling, Dubu meninggal dunia kerana masalah kesihatan!

Next Post

Stray game paling hangat di Steam sekarang, Kalah God of War!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Stray game paling hangat di Steam sekarang, Kalah God of War!

Stray game paling hangat di Steam sekarang, Kalah God of War!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd