Kejadian yang berlaku pada dua hari lepas di mana 2 orang lelaki yang berusia sekitar 20-an telah dipukul oleh sekumpulan tujuh orang lelaki akibat tidak mahu bermain Mobile Legends di Telok Mas, Melaka.
Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit, pengadu berusia 25 tahun telah menemani seorang rakannya yang bernama Mohd. Arsyad ke stesen minyak untuk bertemu dengan rakan mereka sebelum didatangi oleh sekumpulan lelaki bermotosikal.
Setibanya di sana, mereka telah didatangi oleh sekumpulan lelaki terus memukul rakannya dan mangsa cuba untuk menolongnya turut dipukul dengan topi keledar sehingga cedera.

Pengadu menerima 10 jahitan di dahi dan patah hidung selepas dibelasah menggunakan topi keledar motosikal. Siasatan awal mendapati pergaduhan tercetus disebabkan rasa tidak puas hati terhadap penggunaan kata-kata kasar berikutan keengganan menyertai game Mobile Legends.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Berikutan dengan kejadian tersebut, pihak polis telah menahan seramai tujuh orang lelaki berusia diantara 16 sehingga 28 tahun pada jam 12.15 pagi dan 12.35 pagi di sepanjang Jalan Kota. Kesemua tujuh lelaki tersebut direman selama lima hari untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata yang kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan secara sukarela dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

@gamersantaimy
Discussion about this post