Clouded Leopard Entertainment Inc. mengumumkan bahawa permainan action-adventure Akiba’s Trip: Hellbound & Debriefed akan keluar pada 20 Mei 2021 untuk untuk PlayStation 4 dan Nintendo Switch. Permainan ini adalah versi remaster penuh kepada Akiba’s Trip Plus yang dikeluarkan untuk PSP pada tahun 2012, tapi dioptimumkan untuk konsol generasi sekarang.
Kisah ini berlangsung di Akihabara, sebuah wilayah sebenar di Tokyo. Dahulu dikenali sebagai pasar elektronik, Akihabara kini menjadi syurga bagi budaya pop Jepun, terutama anime, permainan video, dan idola pop. Protagonis telah diserang oleh Kageyashi (vampire), yang berkeliaran di bandar Akihabara pada waktu malam. Dia hampir terbunuh, tetapi seorang gadis Kageyashi muda menyelamatkan nyawanya. Selepas kejadian ini, protagonis kini bertekad untuk menghadapi segala kuasa jahat.
Malangnya, Kageyashi mempunyai kemampuan regeneratif, yang bermaksud mereka tidak boleh dikalahkan oleh serangan fizikal sahaja. Untuk membuat mereka terdedah kepada cahaya matahari (satu-satunya kelemahan mereka), pemain harus mengoyakkan pakaian Kageyashi pada waktu yang tepat, untuk menewaskan mereka!
Pada tahun 2020, siri Akiba’s Trip telah menjual sebanyak 800,000 unit di seluruh dunia, dan pada tahun ini, Akiba’s Trip: Hellbound & Debriefed akan memperingati ulang tahun ke-10 siri. Segala butiran Akihabara yang menarik telah dibentukkan semula dalam bentuk HD, jadi mereka yang pernah bermain permainan ini pada zaman kegemilangan PSP, dapat mengembalikan keseronokan lama mereka! Selain itu, “Badge System” (bukan sistem trofi) akan menawarkan cabaran unik kepada pemain untuk mendapatkan item lencana eksklusif sepanjang permainan.
Edisi pertama Akiba’s Trip: Hellbound & Debriefed versi Asia akan dilengkapi dengan buku seni (dalam bahasa tradisional Cina dan Korea) yang merangkumi ilustrasi oleh 16 artis yang “menyukai Akihabara!” dan runut bunyi asli 2-cakera yang mewah, dengan 46 lagu dan muzik lebih dari 100 minit. Juga termasuk dalam versi pakej ini adalah buku panduan lengkap Akiba’s Trip (dalam bahasa Jepun), yang diterbitkan pada pelancaran Akiba’s Trip asal. Jangan lupa untuk pra-pesan!

@gamersantaimy
Discussion about this post