Dalam update terbaru Dota 2, Valve akhirnya memperkenalkan ciri-ciri “surrender” dengan menaip “GG” selepas 30 minit bermain. Sebelum ini, Dota 2 tidak mempunyai ciri-ciri ini dan pemain terpaksa menghabiskan perlawanan yang kadang-kadang mengambil masa sehingga lebih 1 jam.

Dengan menambah ciri-ciri ini, pemain dibenarkan untuk surrender dengan menaip “GG” di chat. Selepas menaip “GG” di chat in-game, countdown dalam masa 10 saat akan bermula dan game akan tamat selepas masa itu habis. Ia hanya boleh dilakukan semasa pemain bermain dalam parti penuh.
Jangan risau, ia tidak akan dilakukan secara automatik dan pemain akan mempunyai pilihan untuk membatalkan countdown dan sambung bermain. Tidak lupa juga, jika anda menaip “GG” dalam chat in-game, pasukan itu dianggap kalah serta merta.

Selain menambah ciri-ciri tersebut, mereka juga membuat beberapa penambahbaikan kepada sistem matchmaking dalam update Dota 2 terbaru. Berikut adalah penambahbaikannya:
- Parti penuh boleh bermain dengan mana-mana pasukan lawan yang sah. Mereka tidak diperlukan untuk berlawan dengan parti penuh dalam mode rank.
- Mengubah matchmaking menjadi lebih cepat untuk parti penuh

Dengan menjadikan matchmaking lebih cepat untuk parti penuh, ini berkemungkinan akan menghasilkan perlawanan yang tidak seimbang. Perubahan yang dibuat oleh mereka akan dilihat keputusannya untuk membuatkan beberapa perubahan pada masa akan datang.
Memandangkan League of Legends telah menyediakan ciri-ciri “surrender” sekian lama, komuniti Dota 2 telah banyak kali bersuara berkenaan ini. Hal ini mungkin berkaitan dengan surrender awal akan membuatkan lebih ramai pemain menyerah dan menyusahkan pemain solo.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa “surrender” hanya boleh dilakukan kepada parti penuh sahaja dengan menaip “GG” di chat in-game. Apa pendapat anda berkenaan ciri-ciri “surrender” yang ditambah oleh Valve untuk Dota 2? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post