Busan Indie Connect Festival 2023 (BIC 2023) telah memaparkan pelbagai game indie daripada pembangun indie seluruh dunia. Kalau anda ingin tahu, banyak juga pembangun yang terdiri daripada pelajar kolej yang membawa projek mereka untuk ditampilkan kepada orang ramai. Salah satu projek indie pelajar yang menarik perhatian kami adalah game bertajuk AKARI. Kalau anda ingin tahu, ia merupakan projek kolej pelajar daripada Chungkang College. Anda boleh lihat video gameplay AKARI di bawah.
Semasa mencuba game ini, kami terasa seperti bermain game Diablo tetapi versi indie. Ia mempunyai gameplay teras seperti dash, skill dan sebagainya. Cuma pace untuk game ini lebih perlahan, jika ia dilajukan sedikit mungkin ia akan menjadi lebih baik. Paling mencabar sekali semasa bermain AKARI, boss-nya boleh tahan susah untuk dikalahkan. Skill yang diaktifkan juga sangat pantas. Memang terkejut betul melihatnya. Kami berusaha untuk dash sepantas yang mungkin untuk elak daripada diserang. Apa pun, untuk sebuah game indie, grafik serta rekaan bunyinya sangat baik.

AKARI akan tersedia melalui Steam pada bulan November atau Disember 2023. Anda bolehlah mencarinya apabila ia tersedia nanti!
BIC 2023 sedang berlangsung di BEXCO, Busan, Korea Selatan. Untuk info lanjut mengenainya, anda boleh melayari pautan di bawah:
<Info Busan Indie Connect Festival 2023>
- Laman web rasmi: https://bicfest.org
- Twitch: https://www.twitch.tv/jonnindie
- Instagram: https://www.instagram.com/bicfest_official
- Facebook: https://www.facebook.com/BICfestival
- Twitter: https://twitter.com/BIC_Festival
- Naver POST: http://naver.me/5pNb2IKH
@gamersantaimy
Discussion about this post