Masih ingat kami pernah mengongsikan sebelum ini kami pernah kongsikan keocoran mengenai akan ada beberapa mod operasi soldier terbaru? Nampaknya kebocoran tersebut tidak terhenti disitu! Baru-baru ini sebuah lagi kebocoran video yang telah dikongsikan bahawa dron akan ditambah kedalam PUBG Mobile! Iya macam pernah dengar kan? Siapa yang bermain Call of Duty Mobile sudah pasti dah biasa menggunakan drones, nampaknya kalau kebocoran ini betul ianya akan hadir didalam PUBG Mobile juga!
Pemaju di belakang PUBG Mobile telah memberi dua kali ganda untuk membawa kemas kini dan menambahkan ciri-ciri baru sejak beberapa bulan yang lalu. Walaupun kami masih menunggu pelancaran Erangel 2.0, minggu lalu kita dapat melihat mod Rage Gear baru atau Death Race mode ditambah kepada permainan.
Video ini menunjukkan bahawa dron di PUBG Mobile kebanyakannya akan digunakan sebagai alat pengintipan dan bukannya sebuah mesin berburu bergerak. Ini bermakna pengguna akan dapat mengintai kawasan sebelum membuat langkah. Nampaknya kegunaanya hampir serupa seperti dron di siri permainan Tom Clancy’s! Selain itu, jika didalam permainan Call of Duty Mobile, pengguna dapat membaling drone Hunter Killer pada musuh yang kelihatan, yang berjarak beberapa meter dari pemain. Drone kemudian bertarung secara langsung dengannya, dan meletup membunuh musuh anda, setelah itu anda mendapatkan lebih banyak hit points.
Berbalik semula ke PUBG Mobile, buat masa kini masih tidak diketahui sama ada dron akan dipasang dengan senjata ataupun tidak. Mungkin terdapat kemungkinan pengguna permainan Battle Royale ini akan mendapat pilihan untuk menggunakan drone hanya sebagai alat pengintip. Selain daripada itu, berapa jauh dapat perginya drone ini dari lokasi kita juga masih tidak diketahui.
Rasanya tidak menjadi masalah jika PUBG Mobile mempunyai banyak persamaan dengan Call of Duty Mobile, kerana Tencent Games juga merupakan penerbit permainan tersebut. Jadi tidak dapat dinafikan pelbagai sumber/ ciri lebih banyak persamaan. Beberapa persamaan seperti lari sambil meleret didalam mod Team Deathmatch yang serupa dengan Mod di Call of Duty Mobile, juga perubahan kawalan juga hampir sama!
Nyata jika drone benar-benar hadir didalam PUBG Mobile, pasti akan menjadi sesuatu yang menarik sekali untuk dinantikan! Terutama nak juga kita lihat perjalananya jika di peta Miramar betul atau tidak?! Apa jua pun, kita nantikan pengumuman rasmi dari Tencent Games sama ada ianya akan ada ataupun tidak.

@gamersantaimy
Discussion about this post