Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

AFA Singapore 2023 Padat Dengan Pelbagai Persembahan, Tayangan Perdana Anime, Pameran & Banyak Lagi!

Maira by Maira
October 17, 2023
in Acara, Anime, Artikel, Berita, Game, Komik, Manga
0 0
0
AFA Singapore 2023 Padat Dengan Pelbagai Persembahan, Tayangan Perdana Anime, Pameran & Banyak Lagi!

Sumber: AFA - ANIME FESTIVAL ASIA

Share on FacebookShare on Twitter

Daripada tayangan perdana anime terbaharu, hiburan Jepun terbaik, ikon popular dan pameran pencipta terbaik rantau ini, Anime Festival Asia (AFA) Singapore 2023 kembali ke Suntec Singapore Convention Centre untuk memikat hati peminat ACG (Anime, Comics and Games) dari 24 hingga 26 November 2023. Kita telah pun didedahkan dengan pelbagai highlight hebat semasa acara. Jom kita lihat ramai-ramai mengenainya!

Hiburan Konsert Malam

Sumber: AFA – ANIME FESTIVAL ASIA

Sepanjang acara, peminat muzik dan anime akan disajikan dengan hiburan tiga malam daripada 20 artis dan kumpulan. Menariknya kesemua tiket untuk AFA x hololiveMeet telah pun habis! Jangan risau kerana ada lagi tiket untuk AFA x I LOVE ANISONG dan AFA x SACRA MUSIC FES. yang tersedia untuk anda dapatkan. Berikut adalah highlight untuk AFA Night Concerts:

  • 24 November: I Love Anisong menampilkan artis ASTERISM, Liyuu, May’n, NANO, Survive Said The Prophet dan Tatsuya Kitani.
  • 25 November: Hololive Meet akan membawa Sakura Miko, Hoshimachi Suisei, Ayunda Risu, Moona Hoshinova, Pavolia Reine, Kobo Kanaeru, Mori Calliope, IRyS dan Hakos Baelz dalam rancangan bual bicara dan konsert.
  • 26 November: SACRA MUSIC FES. akan menampilkan artis FLOW, ASCA, halca, spira spica, dan penampilan istimewa oleh Nami Tamaki.

Kolaborasi khas

Festival ini akan menganjurkan beberapa siri kolaborasi istimewa, termasuk:

Sumber: AFA – ANIME FESTIVAL ASIA
  • Bushiroad Expo Asia 2023 akan mengadakan kejohanan Trading Card Game (TCG), Bushiroad Championship Series 2023 Regional Championship dan Shadowverse: Evolve World Invitational 2023 Regional Qualifier. Terdapat juga jualan merchandise, demo game video dan sesi tutorial untuk bermain game tersebut. World Wonder Ring Stardom, juga dikenali sebagai STARDOM sebuah kumpulan gusti profesional wanita Jepun turut dijadualkan untuk muncul di AFASG23 sebagai sebahagian daripada Bushiroad Expo.
Sumber: AFA – ANIME FESTIVAL ASIA
  • Ultraman: Dibawakan kepada anda oleh Tsuburaya Productions, nikmati rangkaian aktiviti, daripada penampilan Ultraman, persembahan LIVE Stage, hinggalah ke aktiviti booth. Para hadirin juga boleh melihat belon Gomora bersaiz sebenar hanya di AFASG23. Jadilah yang pertama bermain Ultraman Card Game di mana anda juga boleh mendapatkan kad PR eksklusif.

Highlight Day Stage

AFA Day Stage, di Hall 406, akan menjadi tuan rumah kepada beberapa siri tayangan, rancangan bual bicara tetamu dan banyak lagi. Gelombang pertama highlight termasuklah:

  • 24 November (Jumaat):
    • Tayangan perdana Asia Tenggara siri anime “Chained Soldier” dan “Tales of Wedding Rings”
    • Tetamu khas: Iori Moe (Duta Rasmi AFA 2023), Shigure Ui (Ilustrator)
  • 25 November (Sabtu):
    • Pelakon suara, Ai Kayano dan Yumi Uchiyama daripada “Mushoku Tensei: Jobless Reincarnation Season 2”, dan Sumire Uesaka daripada “Alya Sometimes Hides Her Feelings in Russian”, akan berkongsi cerita semasa Day Stage
  • 26 November (Ahad):
    • Pelakon suara Soma Saito daripada “Rurouni Kenshin” akan menjadi tetamu istimewa di Day Stage
    • MAPPA: Tetamu istimewa termasuk Manabu Otsuka (CEO MAPPA), Yuichiro Hayashi (Pengarah Anime) dan Mari Okada (Pengarah Anime dan Penulis Skrin)
    • Cardfight!! Vanguard Talk Stage akan memaparkan pelakon suara Amane Shindo, Yuka Nishio and Hina Aoki

Akiba Town

Pengunjung boleh bersiap sedia untuk menyelami keseronokan membeli-belah di Akiba Town, lebih daripada 70 booth mempamerkan barangan terbaharu mereka, beberapa daripadanya eksklusif untuk festival itu. Antaranya adalah:

Sumber: AFA – ANIME FESTIVAL ASIA
  • HoYo FEST 2023 akan membawakan satu siri acara dalam talian dan luar talian, barangan eksklusif, banyak hadiah dan interaksi live stage. Pengunjung juga boleh mengambil bahagian dalam acara perkongsian web untuk mendapatkan ganjaran dalam game dan hadiah fizikal.
Sumber: AFA – ANIME FESTIVAL ASIA
  • Kotobukiya Store: Meraikan Ulang Tahun ke-70, Kotobukiya akan membawakan Kedai Kotobukiya Eksklusif seperti “TRANSFORMERS NEMESIS PRIME LIMITED EDITION BISHOUJO STATUE” dan “DARKSTALKERS MORRIGAN LIMITED EDITION BISHOUJO STATUE”. Selain itu, nantikan tawaran hebat untuk produk Kotobukiya yang lain pada acara itu!
  • Lead Inc. kembali untuk membawa kembali barisan mainan plush kucingnya ke festival itu. Termasuk plush gergasi 120 cm baharu mereka.
Sumber: AFA – ANIME FESTIVAL ASIA
  • MEDIA LINK akan membawakan barangan eksklusif – dijual buat kali pertama di Singapura, daripada anime popular, “Oshi no Ko”, “Mobile Suit Gundam: The Witch from Mercury” & “Chainsaw Man”.
  • Terdapat juga Grab Bags daripada Muse Communication hanya di AFA Singapore 2023.
  • RURUSAMA, pencipta kandungan/cosplayer kembali dengan barangannya sendiri dan kali ini, dia membawakan booth TERBESARnya.

Akiba Stage

Terletak di dalam kawasan pameran, Akiba Stage AFA akan menyaksikan pameran artis dan bakat Jepun dan tempatan yang mempesonakan seperti:

  • Kumpulan Idol Jepun DEAR KISS, kembali ke AFA Singapore 2023 selepas mendapat kejayaan besar dalam persembahan mereka sebelum ini.
  • Kumpulan Idol Forbidden Equation, memperkenalkan konsep baharu dengan persembahan langsung berdasarkan peranan guru dan pelajar, alami Forbidden Equation.
  • Kumpulan Idol Maya Singapura SO*DA, kumpulan baharu yang akan membuat debut versi khas video muzik baharu mereka di Akiba Stage.
  • Empat ahli kumpulan idol popular KissBee yang terpilih akan mempersembahkan bukan sahaja lagu asal mereka tetapi juga lagu daripada anime dan game idol yang sedang trending.
  • Pameran muzik oleh 4 bakat V-Reverie, Lilrya Prisvielle, Nova Aokami, Ophelia Midnight dan Akiko Sushi, di mana mereka akan membuat persembahan dan berinteraksi dengan penonton.
  • TikTok Live’s Friday Music Show ialah acara langsung di mana pencipta muzik bersaing di TikTok LIVE. Pemenang akan membuat persembahan di Akiba Stage.
  • Virtual Talent Audition: Dianjurkan oleh Ziku-management Inc. Mereka pakar dalam mengurus bakat maya terutamanya di rantau Jepun dan AS, dengan cawangan di Jepun, Singapura dan Shanghai! Pemenang Ujibakat akan dipamerkan di Akiba Stage!
  • Amelia Khor, penyanyi berbakat dari Malaysia, akan menggegarkan pentas dengan kumpulannya di Akiba Stage!
  • Pentel ft Manda Dayoyo, pentas di mana Illustrator Singapura veteran akan menunjukkan bagaimana lakaran watak dilakukan dalam demonstrasi langsung menggunakan alat tulis daripada Pentel.
  • Golden Mix ialah platform pesta muzik anime yang berpangkalan di Singapura, membawa hits muzik anime terbaik kepada ramai penonton selama ini.
  • ASTRALINE ialah agensi bakat maya yang membawa pasukan penstrim maya antarabangsa dengan bakat penceritaan di sebalik komik Merryweather Media. Sertai Lucius Merryweather, Alfhilde Odinsdottir, Lumi, Fredrik Knudsen dan Nick Nocturne ketika mereka membawa ke pentas sebuah produksi yang mengaburkan sempadan fiksyen dan realiti!
  • Cosplay Singles Competition. Pemenang kategori Singles bukan sahaja akan menerima wang tunai $1200 tetapi juga berpeluang untuk bersinar di atas pentas yang boleh membuka jalan untuk masa depan mereka sebagai cosplayer profesional!

Creators Hub & Cosplay Hub

Lebih 120 pencipta terbaik dunia akan mengambil bahagian dalam Creator Hub yang sangat dinanti-nantikan oleh AFA. Cosplayer terkemuka dunia juga akan menyertai AFASG23, termasuk 26 selebriti cosplay seperti:

  • +Ely Cosplay+
  • Angie0_0
  • Amelia Khor 小飛鼠
  • Baobao
  • Charess
  • HanaAme 雨波
  • Kiyo
  • Larissa Rochefort
  • Xiaoyukiko
  • Ying Tze

AFAVERSE

AFAVERSE akan kembali untuk pengalaman seperti game yang lebih mengasyikkan. Pelawat akan mendapat band NFC yang direka khas: selepas memasangkannya dengan telefon pintar mereka, pelawat akan mendapat pengalaman yang lebih baik melalui dashboard dinamik untuk mengakses pelan lantai festival, jadual dan banyak lagi. Pengunjung juga akan dapat berinteraksi dengan pelbagai touch point merentasi festival, memperoleh AFA-Coins untuk menebus hadiah menarik.

Pengunjung juga boleh menantikan pengalaman kemasukan yang lebih diperkemas dari saat mereka membeli tiket. Dari masa penebusan, lorong masuk khusus untuk jenis tiket yang berbeza hingga pemeriksaan keselamatan yang diperkemas, penganjur berkongsi langkah untuk membantu peserta mendapat pengalaman festival yang terbaik sambil memastikan keselamatan.

Anda yang berminat untuk ke AFA Singapore 2023 boleh membeli tiket melalui Ticketmaster. Harga tiket bermula $28 SGD setiap hari untuk bahagian pameran. Berikut adalah maklumat ringkas acara:

  • AFA Singapore 2023
  • Tarikh: 24 – 26 November 2023
  • Lokasi: Suntec Singapore Convention and Exhibition Centre, Levels 3 & 4
  • Masa: 10am – 8pm

Untuk mendapatkan berita lain mengenai AFA daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AFA Singapore 2023AFASG2023
ShareTweetSend
Previous Post

Comic Fiesta 2023: Info Penuh Tiket! Harga Bermula RM 30!

Next Post

Sonic Superstars Review — Kembali ke Pengembaraan Platformer Sonic Dengan Ciri-ciri Moden!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Sonic Superstars Review — Kembali ke Pengembaraan Platformer Sonic Dengan Ciri-ciri Moden!

Sonic Superstars Review -- Kembali ke Pengembaraan Platformer Sonic Dengan Ciri-ciri Moden!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd