Yostar Games mengumumkan game terbaru mereka iaitu Aether Gazer, sebuah game ARPG yang berlaku di sebuah dunia distopia. Game ini akan tersedia pada iOS dan Android dan dilancarkan ke Amerika Utara, Eropah dan Asia Tenggara. Aether Gazer dijangka akan menemui pemain suku keempat tahun ini.

Tentang Aether Gazer
Dibangunkan oleh Yongshi, Aether Gazer menrupakan game mobile 3D ARPG yang berlaku di sebuah dunia distopia yang telah musnah. Dengan manusia mula hilang kesedaran, pemain terpaksa bertindak untuk menghentikan kejahatan yang semakin tersebar dan menyelamatkan masa depan manusia.
Pemain akan membentuk skuad tiga watak untuk bertarung. Anda akan mengawal salah satu watak manakala yang lain pula dikawal oleh AI. Mekanik pertempuran sesuai untuk pelbagai gaya bermain tidak kiralah pemain kasual atau hardcore. Tambahan pula, setiap watak mempunyai move set unik tersendiri apabila dimainkan dengan watak lain. Ini memberikan efek hebat yang boleh menukar arus pertempuran.

Buat sementara ini masih tiada tarikh rasmi pelancaran game malah pra-daftar juga belum dibuka. Tetapi game ini akan turut serta dalam acara Anime Expo yang akan berlangsung pada hujung minggu ini. Kalau ada antara anda yang berpeluang ke acara tersebut, anda boleh mendapatkan hadiah percuma dengan melakukan misi.
Bukan setakat itu sahaja, laman web rasmi game juga ada menunjukkan countdown. Berkemungkinan besar trailer game akan didedahkan nanti bersama-sama tarikh pra-daftar. Kita nantikan sahaja pengumuman rasmi yang akan datang.

Kalau anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai game ini, jangan lupa untuk lawati laman web rasmi Aether Gazer dan ikuti akaun media sosial mereka berikut:
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post