Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Advance Wars 1+2: Re-Boot Camp dapat tarikh keluaran rasmi, akan tiba 21 April 2023!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 9, 2023
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, Real time strategy
0 0
0
Advance Wars 1+2: Re-Boot Camp dapat tarikh keluaran rasmi, akan tiba 21 April 2023!
Share on FacebookShare on Twitter

Advance Wars 1+2: Re-Boot Camp akhirnya mempunyai tarikh keluaran! Sepatutnya dikeluarkan pada Spring 2022, Nintendo terpaksa menangguhkan keluaran game ini buat masa yang alam kerana perang yang berterusan di Ukraine. Walau bagaimanapun, acara Nintendo Direct hari ini mengesahkan bahawa Advance Wars 1+2: Re-Boot Camp rasmi akan dilancarkan pada 21 April 2023.

Berikut adalah trailer baharu:

Menyeru semua peminat strategi – sertai Andy, Max, Sami dan banyak lagi dalam dua kempen cerita penuh, setiap satu dipenuhi dengan aksi taktikal turn-based berwarna-warni.

Pamerkan otot strategik anda merentasi pelbagai mode. Cipta peta sendiri dan kongsikannya dengan rakan-rakan! Anda juga boleh mencabar rakan untuk bertarung secara langsung dalam talian, atau sehingga empat pemain secara lokal.

Menurut rumusan Nintendo.

Buat mereka yang tidak tahu, ini adalah remake untuk game Advance Wars original yang dikeluarkan di Game Boy Advance pada tahun 2021. Seperti yang dikatakan dalam rumusan di atas, Advance Wars 1+2: Re-Boot Camp ialah game taktik turn-based di mana anda memerintahkan askar dan jentera untuk menentang pasukan lawan dari negara pesaing.

Walaupun majoriti watak, unit, jalan cerita dan sebahagian besar peta sama seperti game original, tetapi semuanya direka semula untuk menepati visual moden. Paling ketara sekali, versi remake ini akan menambah visual baharu untuk gameplay, animasi baharu untuk unit dan jentera serta ciri baharu termasuk four-player multiplayer.

Memandangkan siri Advance Wars sering dianggap sebagai dua game terbaik yang dikeluarkan untuk platform Game Boy Advance, Nintendo mengharapkan versi remake dapat meneruskan legasi itu serta menawarkan peluang kepada generasi baharu untuk mencuba game ikonik tersebut.


Pre-order kini tersedia bagi Advance Wars 1+2: Re-Boot Camp yang bakal tiba pada 21 April hanya di Nintendo Switch.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Advance Wars 1+2: Re-Boot Campnintendo switch
Previous Post

Nintendo umum Metroid Prime Remastered – Tersedia hari ini di Nintendo Switch!

Next Post

Xbox Game Pass tambah SD Gundam Battle Alliance, Cities: Skyline & banyak lagi untuk Februari ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Xbox Game Pass tambah SD Gundam Battle Alliance, Cities: Skyline & banyak lagi untuk Februari ini!

Xbox Game Pass tambah SD Gundam Battle Alliance, Cities: Skyline & banyak lagi untuk Februari ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd