Di Steam, maklumat rasmi bagi keperluan sistem PC untuk BLEACH Rebirth of Souls telah mencetuskan perbincangan besar di kalangan pemain. Ramai yang mempersoalkan sama ada spesifikasinya terlalu tinggi untuk sebuah fighting game 3D gaya anime. Ada pula yang memberi justifikasi sah.
\Jadi, berikut adalah pecahan spesifikasi rasmi dan jika tududan itu benar atau tidak untuk pemain.
Spesifikasi Minimum:
- OS: Windows 10 / 11
- Pemproses: AMD Ryzen 5 3600 / Intel Core i7-9700K
- Memori: 16 GB RAM
- Kad Grafik: AMD Radeon VII / Nvidia GeForce RTX 2070
- Storan: 75 GB ruang kosong
- Info Tambahan: Sokongan 1080p/60fps dalam Performance Mode.
Spesifikasi Recommended:
- OS: Windows 10 / 11
- Pemproses: AMD Ryzen 7 5800X / Intel Core i7-12700KF
- Memori: 16 GB RAM
- Kad Grafik: AMD Radeon RX 6700 XT / Nvidia GeForce RTX 2080 Ti
- Storan: 75 GB (SSD diperlukan)
- Catatan Tambahan: Sokongan 1080p/60fps dalam Balanced Mode, manakala Quality Mode memerlukan spesifikasi lebih tinggi.
Adakah Keperluan Ini Terlalu Tinggi?
Bagi sebuah fighting game dengan gaya cel-shaded anime, spesifikasi PC untuk BLEACH Rebirth of Souls boleh dikatakan agak berat.

Gaya visual dalam game ini, walaupun kelihatan cantik, tidaklah mendorong had grafik seperti game open world AAA lain (Cyberpunk 2077, Assassin’s Creed Valhalla).
Kebanyakan pemain menjangkakan sebuah “anime fighter” boleh berjalan lancar pada perkakasan mid-range, namun keperluan minimum GPU (GTX 980) adalah kad yang lebih kuat berbanding keperluan tipikal. Malah, spesifikasi disyorkan memerlukan RTX 3070 Ti, iaitu kad grafik high-end generasi semasa.

Sebagai perbandingan, Sparking! Zero—satu lagi anime fighter berasaskan Unreal Engine 5 yang dilancarkan pada 2024—hanya memerlukan GTX 970 sebagai minimum dan RTX 2060 sebagai spesifikasi disyorkan, yang jauh lebih rendah berbanding BLEACH Rebirth of Souls.
Ini menimbulkan persoalan sama ada Rebirth of Souls kurang dioptimumkan atau menggunakan teknologi latar yang lebih berat (contohnya, persekitaran boleh musnah atau pencahayaan kompleks).
@gamersantaimy
Discussion about this post