Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Activion meminta maaf mengenai isu helaian Al-Quran di COD: Vanguard!

Maira by Maira
November 12, 2021
in Artikel, Battle Royale, Berita, Genre
0 0
0
Activion meminta maaf mengenai isu helaian Al-Quran di COD: Vanguard!
Share on FacebookShare on Twitter

Activision telah memohon maaf atas pilihan reka bentuk pada peta Call of Duty: Vanguard Zombies yang meletakkan helaian Al-Quran di atas lantai. Anda boleh melihat terdapat percikan darah di atas helaian tersebut. Kandungan itu telah mencetuskan kemarahan di media sosial pada awal minggu ini, dan telah pun dikeluarkan daripada permainan, kata Activision.

Di Twitter, terdapat beberapa screenshot yang memaparkan helaian yang terkoyak dan berselerak di atas lokasi yang tidak diketahui dalam peta Zombies. Jika dilihat melalui skop, anda boleh melihat helaian tersebut yang ditulis dalam tulisan arab.

يا اخوان انا اشوف صفحات من القران في الارض في خريطة Zombie ارى انه يجب ان تزال باسرع وقت اذا كانت صحيحة @playstationsa @CallofdutyARA#Vanguard #PS5Share, #CallofDutyVanguard pic.twitter.com/1WZLsMYbML

— ᴮᴷᵀᴼᴼᴿ (@BKTO0R) November 10, 2021

Activision tidak menerangkan mengenai helaian Al-Quran tersebut dalam permohonan maafnya tetapi mengakui bahawa terdapat kandungan yang sensitif terhadap komuniti Islam yang dimasukkan dalam permainan itu minggu lalu dan sejak itu ia telah dikeluarkan daripada permainan.

“Ia tidak sepatutnya muncul seperti dalam permainan,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan yang diberikan ke saluran media lain. “Kami sangat minta maaf. Kami mengambil langkah segera secara dalaman untuk menangani situasi tersebut begi mengelakkan kejadian seperti itu pada masa depan.”

RelatedPosts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

Helaian Al-Quran di atas lantai

Mod Zombies dalam Call of Duty: Vanguard dibangunkan oleh Treyarch. Kempen permainan dan mod multiplayer pula dikendalikan oleh Sledgehammer Games. Wakil Activision enggan menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara ini atau memberikan sebab mengapa peta Zombies direka seperti itu?

Ini bukan kali pertama Activision melakukan kesalahan seperti ini. Pada tahun 2012, peta Favela dalam Call of Duty: Modern Warfare telah dikeluarkan oleh Activision selepas ramai pemain menyedari terdapat lukisan yang tergantung di bilik mandi dalam salah satu peta permainan tersebut. Bingkai lukisan itu mengandungi petikan daripada Nabi Muhammad SAW. Activision meminta maaf mengenainya dan mengembalikan peta itu pada permainan dengan kandungan tersebut dikeluarkan.

Harap-harap Activision akan memantau lebih dekat dengan reka bentuk peta untuk Call of Duty yang akan datang. Isu ini bukan sahaja sensitif malah boleh menyinggung ramai pemain. Apa pendapat anda mengenai isu ini? Boleh kongsikan kepada kami. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai COD: Vanguard, sila klik pada pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ActivisionAl-QuranCall of Duty: VanguardCall of Duty: Vanguard Zombies
Previous Post

Tom Clancy’s Rainbow Six Extraction akan dilancarkan pada 20 Januari, bersama sistem Buddy Pass!

Next Post

Bekalan PS5 dikurangkan kerana kekurangan komponen

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Bekalan PS5 dikurangkan kerana kekurangan komponen

Bekalan PS5 dikurangkan kerana kekurangan komponen

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd