Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acer menampilkan barisan serba baru Predator Orion 7000, Predator Gaming Desk & projektor gaming!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 13, 2021
in Acara, Aksesori, Artikel, Berita, Desktop, Komputer, Monitor, Teknologi
0 0
0
Acer menampilkan barisan serba baru Predator Orion 7000, Predator Gaming Desk & projektor gaming!
0
SHARES
225
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Acer hari ini mengumumkan portfolio gaming terkini dengan siri desktop Predator Orion 7000 baru, yang menampilkan prestasi hebat dalam reka bentuk yang menakjubkan, dua projektor gaming pintar 4K dan Predator Gaming Desk, yang menawarkan dua pilihan permukaan dan rak penyimpanan yang selesa.

Predator Orion 7000

Desktop gaming Acer Predator Orion 7000 (PO7-640) baru dilengkapi dengan pemproses Intel Core 12th Gen terbaru yang boleh di-overclock, GPU NVIDIA GeForce RTX sehingga 3090, dan hingga 64 GB DDR5-4000 RAM.

Casis dilengkapi dengan panel sisi kaca “tempered” yang mempamerkan dua kipas depan Predator FrostBlade 2.0 140 mm (5.5 inci) dan kipas belakang 120 mm (4.7 inci) Predator FrostBlade 2.0 yang dihiasi dengan pelbagai warna ARGB. Bahagian atas casing Orion 7000 mempunyai ruang, untuk membolehkan pengguna mengganti kipas 120 mm (4.7 inci) dengan kipas 240 mm (9.45 inci), manakala perisian PredatorSense digunakan untuk mengawal pencahayaan ARBG, kelajuan kipas dan ciri overclocking.

Selain itu, ia mempunyai pengurusan termal yang luar biasa, dengan tiga kipas Predator FrostBlade 2.0, AIO liquid CPU cooler, dan pengurusan aliran udara canggih untuk menyejukkan komponen sistem dengan berkesan.

Intel Killer 2.5G LAN memberikan keunggulan kompetitif kepada para gamer dengan mengesan dan mengutamakan proses gaming berbanding rangkaian lain, demi menghasilkan penyambungan yang lebih lancar dan pantas untuk sesi dalam talian dan menonton media streaming. Teknologi Intel WiFi 6E (AX211) [1] dan 2×2 MU-MIMO menyediakan sambungan tanpa wayar yang pantas dan selamat.

Seterusnya, Predator Orion 7000 menyediakan banyak port untuk memanfaatkan aksesori terkini. Di bahagian depan casis terdapat tiga USB 3.2 Gen 1 Type A, satu USB 3.2 Gen 1 Type C, dan dua jack audio. Di bahagian belakang, terdapat tiga USB 3.2 Gen 2 Type-A, satu USB 3.2 Gen 2×2 Type-C, dua port USB 2.0, dan tiga bicu audio.

Dengan ruang simpanan yang besar, sistem ini merangkumi ruang “drive hotswap” USB 3.2 Gen2 Type-C 2.5 inci, SSD 2x M.2 PCIe 4.0 NVIMe (masing-masing hingga 1 TB) dan dua HDD SATA3 3.5 inci (masing-masing hingga 3 TB).

Projektor gaming Predator GD711 dan Predator GM712

Predator GD711 adalah projektor gaming LED 4K pintar yang serasi dengan sistem konsol dan PC. Projektor ini juga mempunyai aplikasi lalai yang menawarkan akses ke pelbagai perkhidmatan penstriman. Di samping itu, ia memililki beberapa mod yang boleh ditukar bergantung pada situasi kandungan.

Mod standard menawarkan resolusi 4K (3840 x 2160) untuk menikmati filem dan video secara terperinci, manakala dua mod gaming— satu untuk pemandangan terang, satu lagi untuk gelap — membiarkan pengguna memilih tetapan yang dioptimumkan untuk estetika yang mereka mahu.

Predator GD711 mempamerkan gambar dengan mod “variable refresh rate” 1080p@120 Hz untuk konsol atau hingga 1080p@240 Hz untuk PC. Ia juga dilengkapi dengan pembesar suara 10W dan alat kawalan jauh. Pilihan penyambungan termasuk dua port HDMI 2.0 untuk PC dan konsol, audio keluar untuk pembesar suara tambahan dan tiga port USB Type-A: Satu untuk dongle wayarles bagi projektor, satu lagi untuk menyambungkan aksesori tanpa wayar, dan satu lagi untuk DC 5V-out yang juga membolehkan pengguna mengemas kini firmware peranti.

Bagi pengguna yang lebih suka projektor berasaskan lampu, Predator GM712 juga tersedia dengan resolusi 4K dan kecerahan 3,600 ANSI lumen.

Predator Gaming Desk

Berukurun 55 inci, Predator Gaming Desk (PGD110) menyediakan banyak ruang untuk sistem gaming, monitor, aksesori, dan banyak lagi. Gamer boleh memilih dari dua permukaan: satu dilapisi dengan serat karbon yang mudah dibersihkan atau satu yang dilapik dengan mouse pad istimewa Predator. Dilengkapi dengan ruang penyimpanan yang mencukupi, Predator Gaming Desk dilengkapi dengan rak untuk menyimpan gamepad dan kartrij, cangkuk fon kepala, pemegang cawan, dan bakul yang tersangkut di belakang untuk adapter AC.

Ia juga mempunyai ciri pengurusan kabel di sisi meja untuk memastikan kabel tetap teratur dan tidak tersekat. Meja ini kukuh dan boleh menampung hingga 120 kg (264 lbs).

Harga dan ketersediaan

Bahagian ini akan kami mengemas kini apabila kami tahu harga dan bila ia akan diperkenalkan di Malaysia.

Untuk segala liputan kami tentang Acer, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Acerdesktopmeja gamingprojektorTeknologi
Previous Post

Anime Attack on Titan Season 4 Part 2 akan datang pada 10 Januari 2022! Trailer rasmi juga dilepaskan! [Update]

Next Post

Black Shark 4s dilancarkan bersama Edisi Khas Gundam!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Black Shark 4s dilancarkan bersama Edisi Khas Gundam!

Black Shark 4s dilancarkan bersama Edisi Khas Gundam!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd