Dengan reka bentuknya yang bergaya, Acer Aspire Vero (AV15-51) menyediakan pilihan until pelanggan yang mencari operasi yang lebih mampan. Diperbuat dengan 30% plastik yang dikitar semula daripada pengguna (PCR) di dalam chasisnya, setiap Aspire Vero menjimatkan kira-kira 21% pelepasan CO2. Butang kekuncinya mengandungi 50% plastik PCR. Reka bentuk Aspire Vero membantu melupuskan bahan bahan yang tidak diperlukan dengan membuat komputer atau komponennya mudah diceraikan, diperbaiki, dipertingkatkan, dan dikitar semula.


Aspire Vero juga dibungkus di dalam kotak yang diperbuat daripada kertas pulpa yang 80-85% dikitar semula, dan plastik bagi perlindungan adapter dikurangkan dengan menggunakan kertas. Sebagai manifestasi kesungguhan Acer terhadap mesra alam sekitar, semua grafik pada kotak penghantaran dicetak menggunakan dakwat diperbuat daripada soya. Acer membina chasis komputer riba ini menepati cita rasa kontemporari, tanpa cat dan oleh itu, mengurangkan lagi impak terhadap alam sekitar. Di samping itu, pembungkusan 100% boleh dikitar semula yang memenangi anugerah itu boleh dijadikan pula tempat letak komputer riba. Beg komputer riba Aspire Vero dan kertas di antara papan kekunci dengan skrin juga diperbuat daripada plastik industri yang 100% dikitar semula.

Menggunakan paparan FHD IPS 15.6 inci yang 99% dikitar semula, Acer Aspire Vero dijana oleh pemprosesan sehingga 11th Gen Intel® Core™ i7 dan Intel® Iris® Xe Graphics untuk memberi prestasi berkelas dunia bagi pengguna apabila diperlukan. Pengguna juga ada pilihan untuk menggunakan mode Eco+ di dalam perisian baharu Acer, VeroSense™ bagi kecekapan tenaga dan hayat bateri yang lebih panjang. Ciri-ciri seperti Wi-Fi 6, satu port RJ-45, satu port HDMI, port Type-C USB dan dua port Type-A USB memberikan pengalaman komputerisasi yang lebih mudah dan boleh diharap, manakala Acer TrueHarmony™ dan Acer PurifiedVoice™ menawarkan pengurangan hingar AI untuk memberikan panggilan video yang cukup jelas.
Dengan Windows 11 dan Microsoft Office Home & Student 2021 yang siap dipasang dengan lesen sepanjang hayat, Aspire Vero boleh didapati di kedai dalam kedai-kedai rasmi terpilih Acer dan penjual Acer bertauliah di seluruh negara, bermula RM3,399.

Sempena dengan ketibaan Aspire Vero, sebarang pembelian Aspire Vero dari 11 November hingga 19 November 2021 akan layak menebus hadiah bernilai sehingga RM500, seperti beg Acer, Acer Gateway Pro wireless headset, kredit eWallet Touch ‘n Go, dll. Dengan Acer, pelanggan juga akan mengambil angkat lebih banyak pokok di Taman Tugu; untuk setiap pembelian Aspire Vero, RM100 akan disalurkan bagi membiayai program mengambil angkat pokok-pokok berkenaan. Acer Malaysia menyasarkan untuk mengambil angkat 15 lagi pokok dengan sokongan para pelanggan.


Dalam pada itu, Acer mengumumkan bahawa syarikat ini telah mengambil angkat 15 pokok di Taman Tugu, sebuah kawasan seluas 66 ekar di tengah Kuala Lumpur. Lima rakan kongsi (wakil dari Kitamen, Microsoft, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, PIKOM dan Team Lugiami) telah berikrar menyokong usaha Acer Malaysia sebagai respons kepada jemputan untuk menyertai ‘Make Your Green Mark’ . Selain inisiatif-inisiatif tersebut, Acer juga menawarkan pilihan kepada rakyat Malaysia untuk menyahut seruan Hijau dengan komputer riba mesra alam sekitar – Acer Aspire Vero.

“Komitmen Acer Malaysia adalah kepada kelestarian. Kami ingin melakukan lebih banyak lagi sebagai sebuah syarikat yang bertanggungjawab dan warga korporat; termasuklah tindakan kami terhadap perubahan iklim. Projek Kemanusiaan telah diperkenalkan oleh Acer sebagai inisiatif di seluruh syarikat bagi meningkatkan kesedaran terhadap isu genting ini dan kami berharap lebih banyak pertubuhan, rakan kongsi dan pelanggan akan menyertai kami untuk menyumbang ke arah perubahan yang positif. Saya mahu menunjukkan penghargaan kepada lima organisasi yang telah menyatakan sokongan kepada usaha Acer untuk Bumi melalui ikrar yang disampaikan secara video,’’ kata Johnson Seet, Pengarah Perniagaan Konsumer, Produk dan Pemasaran Acer Malaysia.

Pada 2017, Projek Kemanusian ini bermula di peringkat individu, bermatlamat untuk memberi inspirasi kepada kakitangan supaya mencetuskan idea baharu di dalam kapasiti profesional mereka dan secara kolektif menyumbang kepada matlamat mengurangkan, mengguna semula, dan mengitar. Tahun ini, Acer memulakan “Earthion”, yang merupakan gabungan dua perkataan Inggeris “Earth + Mission”, sebagai platform untuk membawa bersama rakan rantaian pembekalan untuk membangunkan penyelesaian berpadu dan inovatif yang tertumpu kepada kelestarian. Tenaga penggerak di belakang Earthion adalah kepercayaan kami bahawa kolaborasi bersama boleh Mencipta impak positif until alam sekita dengan efektif.
[wpdatatable id=51]Berikut adalah kedai sah Acer dan tempoh promosi bagi produk di atas:
- Acer Malaysia, Acer estore: https://store.acer.com/en-my/
- Shopee, Acer Flagship Store: https://bit.ly/acerflagship
- Shopee, Acer Official Store – NBP: https://bit.ly/acerNBP
- Shopee, Acer Official Store – just IT: https://bit.ly/acerJustIT
- Shopee, Acer Official Store – Viewnet: https://bit.ly/acerViewnet
- Shopee, Acer Official Store – Clicknet: https://bit.ly/acerclicknet
- Lazada, Acer Official Store – Brightstar: https://bit.ly/acerbrightstar
- Lazada, Acer Official Store – Aoneplus: https://bit.ly/acerAoneplus
- Lazada, Acer Official Store-Style Vision: https://bit.ly/acerstylevision
- Kedai, Acer Concept Stores: https://bit.ly/acerConceptStores
Untuk segala liputan kami tentang Acer, boleh tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post