Acer Malaysia hari ini memperkenalkan dua produk terbaharu dalam barisan gaming mereka, iaitu komputer desktop Predator Orion 7000 dan monitor gaming OLED Predator X32 X3.
Predator Orion 7000

Predator Orion 7000 adalah komputer desktop berprestasi tinggi yang menyasarkan gamer dan penggemar teknologi yang inginkan kelengkapan premium.
Dikuasakan oleh cip pemproses Intel Core Ultra 9 285K dan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 5080 dengan teknologi NVIDIA DLSS 4, mesin ini menawarkan prestasi canggih dan keupayaan AI yang luar biasa, sesuai untuk gaming dan penciptaan kandungan.

Dilengkapi sistem penyejukkan termaju, Predator Orion 7000 menggunakan teknologi Predator CyclineX 360 berpaten untuk mengoptimumkan aliran udara dan mengurangkan haba, memastikan prestasi stabil walaupun dalam sesi gaming yang panjang.
Casis yang elegan turut menampilkan lampu ARGB boleh laras untuk suasana gaming yang lebih menarik.

Komputer ini menyokong sambungan Wi-Fi 7 untuk pengalaman gaming dan penstriman yang lancar tanpa gangguan. Pelbagai port I/O seperti USB Type A, USB Type C Thunderbolt 4 di bahagian depan dan belakang memastikan keserasian dengan pelbagai peranti.
Dengan RAM 64GB dan storan SSD 2TB, serta slot tambahan untuk peningkatan masa depan, Predator Orion 7000 menawarkan fleksibiliti dan kuasa yang tiada tandingan.

Predator Orion 7000 kini tersedia di eKedai Acer serta kedai rasmi Acer di Shopee dan Lazada dengan harga rasmi RM15,999.
Predator X32 X3

Monitor gaming Predator X32 X3 direka untuk memberikan pengalaman visual yang memukau dengan panel OLED Ultra HD 31.5 inci (3840 x 2160). Dengan kadar segar semula 240Hz pada resolusi 4K dan sehingga 480Hz pada Full HD melalui Dynamic Frequency & Resolution (DFR), paparan ini sesuai untuk game berkecepatan tinggi.
Masa tindak balas pixel serendah 0.01ms memastikan peralihan imej yang pantas, memberikan kelebihan kepada gamer dalam situasi kritikal.

Monitor ini menyokong teknologi AMD FreeSync Premium Pro dan NVIDIA G-SYNC untuk mengelakkan koyakan skrin dan kegagapan, manakala gamut warna DCI-P3 99% menghasilkan warna yang kaya dan realistik.
Dengan pensijilan VESA DisplayHDR True Black 400 dan ketepatan warna Delta E<1, Predator X32 X3 menawarkan kontras mendalam dan butiran jelas, sesuai untuk gaming, penstriman filem, dan penyuntingan visual profesional.

Untuk keselesaan pengguna, monitor ini dilengkapi penyangga ergonomik yang boleh dilaras dari segi senget, pusing, dan ketinggian. Pensijilan Eyesafe 2.0 membantu mengurangkan ketegangan mata dengan menapis cahaya biru tanpa menjejaskan kualiti warna.
Predator X32 X3 juga menawarkan dua port HDMI 2.1, DisplayPort 1.4, port USB-C dengan kuasa 90W, dan pembesar suara stereo 5W terbina untuk tetapan meja yang kemas.

Dengan polisi Zero Bright Dot Acer dan waranti perkakasan selama tiga tahun, Predator X32 X3 dijual pada harga rasmi RM4,999 dan boleh didapati segera di eKedai Acer serta kedai rasmi Acer di Shopee dan Lazada.
Promosi Pelancaran Istimewa
Sebagai sebahagian daripada pelancaran, Acer Malaysia menawarkan promosi istimewa sehingga 15 Mei 2025. Pembeli Predator Orion 7000 akan menerima kerusi gaming Predator bernilai RM1,200 dan berpeluang menebus kredit eWallet Touch ‘n Go sebanyak RM150 melalui laman web www.a-redemption.com/greatestrewards2025.
Sementara itu, Predator X32 X3 ditawarkan dengan potongan harga RM500 dan dilengkapi headphone Predator Galea 315 bernilai RM199 sepanjang tempoh promosi.
@gamersantaimy
Discussion about this post