Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acer Malaysia tambah pilihan monitor gaming Nitro! Harga mampu milik bermula RM459!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 31, 2023
in Artikel, Berita, Monitor, Teknologi, Tempatan
0 0
0
Acer Malaysia tambah pilihan monitor gaming Nitro! Harga mampu milik bermula RM459!
Share on FacebookShare on Twitter

Acer Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran monitor Nitro VG240YE dan Nitro VG270E yang mempunyai refresh rate 100Hz untuk pasaran ‘mainstream’. Berbanding dengan model terdahulu yang hanya dilengkapi input VGA & HDMI, kedua-dua monitor baharu ini hadir dengan DisplayPort untuk pengalaman pengguna yang lebih baik.

Selain refresh rate 100Hz, monitor Acer Nitro VG240YE dan Nitro VG270E menyokong masa respons 1ms VRB dan teknologi AMD FreeSync untuk pengalaman tontonan yang lebih lancar. Dilengkapi dengan panel FHD IPSM kedua-dua monitor membawa visual dengan gamut warna lebar 99% sRGB.

Dipasang pada ‘stand’ tiga serampang, kedua-dua monitor juga hadir dengan paparan ZeroFrame™ tanpa-bezel. ‘Stand’ ini membolehkan pengguna mengubah kedudukan monitor untuk sudut tontonan terbaik manakala sokongan VESA ‘mount’ membolehkan pengguna memadankan monitor dengan ‘stand’ oleh jenama lain.

Kedua-dua monitor dilengkapi dengan teknologi Acer VisionCare™ yang menampilkan beberapa ciri untuk mengurangkan ruam mata bagi pengalaman tontonan yang lebih selesa, terutama ketika penggunaan dalam tempoh panjang, dan membantu kesihatan mata pengguna tegar.

Ciri ini termasuklah BlueLightShield Pro yang mengurangkan sinaran biru sambil menghasilkan kualiti imej yang lebih baik tanpa mengorban ketepatan warna dan kecerahan monitor.

Tersedia segera di Acer eStore, stor rasmi Acer di Shopee dan Lazada, monitor Acer Nitro VG240YE 24-inci itu berharga RM459 manakala Acer Nitro VG270E bersaiz 27-inci itu dijual pada RM549.

Untuk segala liputan kami tentang produk Acer, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: acer malaysiaAcer NitromonitorTeknologi
Previous Post

City Hunter versi live-action akan tiba 2024! Dibintangi Ryohei Suzuki & Misato Morita!

Next Post

One Piece kata “berat roh hanya 21 gram” – rupanya berdasarkan kajian sebenar! (TEORI SAINS)

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!

June 3, 2025
Wizards of the Coast Umum Game Action-Adventure Dungeons & Dragons Baharu
Berita

Wizards of the Coast Umum Game Action-Adventure Dungeons & Dragons Baharu

June 3, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Next Post
One Piece kata “berat roh hanya 21 gram” – rupanya berdasarkan kajian sebenar! (TEORI SAINS)

One Piece kata "berat roh hanya 21 gram" - rupanya berdasarkan kajian sebenar! (TEORI SAINS)

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd