Acer Malaysia baru sahaja melancarkan sebuah laptop nipis dan ringan iaitu Acer Swift X 14 dengan menawarkan pengalaman produktiviti yang lancar.

Acer Swift X 14 telah dipra-pasang dengan driver NVIDIA Studio di mana pengguna boleh mengendalikan pelbagai aktiviti dengan sangat lancar termasuk menggunakan aplikasi kreatif. Laptop senipis 17.8mm ini didatangkan dengan CPU Intel Core-i7 H Series dan pilihan sehingga GeForce RTX 4050 dengan kemampuan ray tracing dan AI.
Laptop ini menampilkan reka bentuk Chassis yang baharu dengan membawa 29% bateri lebih besar dan sistem penyejukan baru yang mampu meningkatkan prestasi pelepasan haba sebanyak 7.16%. Walaupun ia datang dengan prestasi dan hayat bateri yang lebih baik, laptop ini masih kekal ringan dan beratnya hanya 1.55kg sahaja.

Selain itu, pengguna juga boleh menikmati visual yang cantik dengan paparan yang disediakan iaitu 14-inci 2.8K OLED yang menyokong refresh rate sehingga 120Hz, 100% DCI-P3 colour gamut dan VESA DisplayHDR TrueBlack 500.
Ia juga dilengkapi dengan 32GB RAM LPDDR5 dan 1TB SSD bagi memberikan kebebasan kepada pengguna untuk menunjukkan kreativiti dengan sangat lancar. Untuk memudahkan lagi pengalaman pengguna, laptop ni juga disertakan dengan MicroSD Card Reader supaya pengguna tidak perlu menggunakan SD Card Reader yang lain.

Acer Swift X 14 kini tersedia pada harga RM 5,999 dan jika anda membeli laptop ini sebelum 31 Julai, anda akan menerima hadiah berharga RM 529 termasuk Wireless Mouse Porsche dan Extended Warranty Acer Supercare yang meliputi kerosakan tidak sengaja dan kecurian. Untuk mendapatkan spesifikasi penuh laptop ini, sila klik di sini.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post