Sambutan tahunan Acer Day 2022 kembali dengan menampilkan pelbagai sejumlah persembahan, promosi jualan, ganjaran dan aktiviti yang boleh disertai oleh semua. Tema tahun ini, ‘Make Your Green Mark’, menumpukan usaha Acer untuk alam sekitar dengan menyalakan semula komitmen untuk amalan kelestarian, selain bertujuan sebagai peringatan untuk usaha kolektif yang diperlukan untuk tanda hijau (green mark).

“Diperkenalkan pada 2017, kempen Acer Day membantu meningkatkan imej dan jenama syarikat dalam kalangan pengguna sebagai jenama yang ‘segar dan penuh stail’, pada masa yang sama mempromosikan advokasi, pelanggan dan rakan kongsi. Tahun ini, dengan fokus terhadap kehidupan lestari dan promosi siri Vero yang mesra alam, Acer berharap agar mengumpul lebih banyak sokongan dalam usaha memulih alam sekitar dan mengingatkan kepada semua pihak tentang tanggungjawab mereka memelihara dan menjaga planet,”
Presiden Acer Asia Pasifik.
Bagi Acer Day 2022 di Malaysia, syarikat itu menjemput rakyat Malaysia menyertai usaha kelestarian dan ‘Make Your Green Mark’ dengan mengurangkan, mengguna semula dan mengitar semula. Acer menggalakkan rakyat Malaysia membawa sekurang-kurangnya lima (5) plastik botol PET yang bersih dan kosong ke Acer Day 2022 di Pavilion Bukit Jalil, atau stor konsep Acer mahupun pejabat Acer di Lembah Klang bagi menerima ganjaran kredit eWallet Touch ‘n Go sebanyak RM5. Inisitatif ini berterusan dari 21 Julai hingga 7 Ogos dan plastik botol yang terkumpul akan dihantar ke pusat kitar semula selepas tamat acara.

Tidak kira kecil atau besar, setiap usaha penting adalah penting untuk kelestarian. Acer mahu membantu rakyat Malaysia memulakan tabiat lestari mereka menerusi cabaran 21 hari yang membawa peserta menempuh pelbagai aktiviti yang membantu mereka mengurangkan, mengguna semula dan mengitar semula. Peserta yang menamatkan cabaran berpeluang memenangi sebuah Aspire Vero.
Sebagai sebahagian daripada sambutan tahun ini, Acer Malaysia juga mengadakan jerayawara Acer Day ‘Make Your Green Mark’ di Pavilion Bukit Jalil selama 5 hari bermula 3 Ogos 2022. Ia menampilkan beberapa siri promosi termasuk program tukar-beli untuk komputer riba, tablet, desktop, dan komputer AIO, sama ada berfungsi atau tidak, termasuk rebat tunai RM500 untuk sebuah Aspire Vero.
Bagi menambah keterujaan, Acer bakal menganjurkan jualan kilat pada 7 Ogos 2022 pada jerayawara Acer Day itu. Dengan diskaun antara 15% ke 90% bagi barangan terpilih, jadual di bawah memaparkan beberapa promosi jualan kilat.
[wpdatatable id=133]Selain daripada promosi jualan kilat, 100 pelanggan pertama jualan kilat berpeluang membawa pulang beberapa produk terpilih dengan harga istimewa, seperti diskaun sehingga 90% atau RM3,400 untuk Acer Nitro 5, atau Acerpure Cozy air circulator pada hanya RM19.90!
[wpdatatable id=134]*Harga Istimewa Pembelian-dengan-Pembelian untuk 100 pelanggan terawal semasa Jualan Kilat

Bagi pelanggan yang tidak dapat hadir ke jerayawara, Acer akan mengadakan Shopee SuperBrand Day pada 3 Ogos 2022 di mana diskaun dan hadiah percuma khas untuk rakyat Malaysia. Antara yang menarik adalah Aspire 3 yang akan dijual pada harga RM3,299 selepas diskaun, Aspire Vero dijual pada harga RM2,799 selepas diskaun, dan pelanggan juga boleh membeli Enduro Urban dengan harga diskaun RM2,399.

Baucer tambahan sehingga RM500 untuk pengguna Shopee boleh turut dimenangi, dan pelanggan juga akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM567 yang akan dihantar terus kepada pelanggan dan boleh ditebus melalui www.a-redemption.com.
Tahun ini, Acer Malaysia bekerjasama dengan APE Malaysia untuk menanam pokok bagi setiap pembelian peralatan Acer terpilih bermula 3 Ogos 2022 sehingga 30 September 2022. Pelanggan yang layak hanya perlu mendaftar menerusi a-redemption.com bagi membolehkan mereka mendapat e-sijil pokok yang ditanam mereka. Pokok akan ditanam di Lower Kinabatangan, Sabah bagi membantu hidupan liar, termasuk orang utan Borneo dan gajah pigmi Borneo.

Video manifesto Hari Acer 2022 menampilkan 18 personaliti dari tujuh rantau akan bersiaran secara langsung bermula 3 Ogos 2022 pukul 8.00 malam. Semua dijemput menyertai aktiviti bersempena sambutan Acer Day 2022!
@gamersantaimy
Discussion about this post