Acer hari ini mengumumkan pra-tempahan Aspire Vero Edisi National Geographic dengan unit terhad tersedia di Malaysia. Dengan kerjasama National Geographic, setiap pembelian komputer riba edisi khas ini membantu menyokong usaha National Geographic Society bukan untung global yang berpangkalan di Amerika Syarikat untuk melindungi dunia melalui penerokaan, penyelidikan dan pendidikan. Untuk maklumat lanjut, lawati halaman ini.

Memperluaskan semangat Aspire Vero yang dibina di atas platform Earthion, Acer Malaysia mengumumkan program tukar beli (trade-in) yang menyediakan saluran bagi pelanggan mengitar semula peranti-peranti yang berfungsi dan tidak berfungsi. Acer menawarkan sehingga RM500 baucar rebat tunai bagi pelanggan yang mengambil bahagian membantu planet dengan menamatkan jangka hayat peranti elektronik menerusi cara yang betul.
Sebagai tambahan, Acer akan menyalurkan RM100 daripada setiap pembelian Aspire Vero Edisi National Geographic di Malaysia untuk membiayai program pokok angkat. Pada masa yang sama, setiap pembelian komputer riba Edisi National Geographic Aspire Vero membantu untuk memajukan kerja saintis, penjelajah dan pendidik di seluruh dunia yang bergabung dengan National Geographic Society.
Reduce— Reka bentuk minimalis

Penampilan original Aspire Vero dibentuk oleh campuran bahan dalam casis, yang terdiri daripada 30% plastik ” post-consumer recycled” (PCR). Titik pigmen kuning dan permukaan kelabu bertekstur menghiasi badan laptop, tanpa memerlukan sebarang cat.
Aspire Vero Edisi National Geographic Edition hadir dengan beberapa garisan pepenjuru, separuh di bahagian penutup atas. Diekstrak daripada peta topografi, garisan itu membahagikan permukaan kepada paras laut dan darat dan memberi petunjuk kepada impak pemanasan global terhadap peningkatan paras laut. Membuka komputer riba ini, logo ‘yellow border’ ikonik National Geographic dicetak di sudut kanan bawah papan kekunci. “For Planet Earth” ditulis di atas kekunci spacebar dan cetakan berwarna kuning.
Reuse — Pembungkusan yang bertujuan

Pasukan penyelidikan dan pembangunan Acer membuktikan bahawa pembungkusan tidak perlu menjadi sumber pembaziran selepas penghantaran. Bungkusan dalaman Aspire Vero Edisi National Geographic direka sebagai kotak pelbagai guna yang boleh dimanfaatkan semula selepas pembeli mula menggunakan komputer riba. Selain boleh menukarkan pembahagi dalaman kepada stand1 untuk meletakkan komputer riba, kotak tersebut mempunyai karakter yang sesuai untuk dijadikan sebagai dekorasi dalam bilik pengguna, mungkin juga boleh diletakkan di atas almari atau di sudut meja.
Dengan perincian teliti, rekaan pembungkusan inovatif Acer melindungi peranti dengan 85% kertas kitar semula, selain 100% plastik kitar semula untuk sleeve komputer riba dan kain tambahan yang diletakkan antara skrin dan papan kekunci komputer riba.
Recycle — Laptop boleh naik taraf dengan mudah

Acer Aspire Edisi National Geographic memanfaatkan 30% plastik PCR dalam chasisnya, menjimatkan 21% pengeluaran karbon dalam proses penghasilan2. 30% plastik PCR itu juga dimanfaatkan di bezel skrin komputer riba dan 50% dalam kekunci, mengurangkan lagi jejak karbonnya. Selain itu, Acer menambah jangka hayat komputer riba dengan memudahkan proses pembaikan dan naiktaraf dengan hanya satu pemutar skru Phillips memandangkan peranti ini mempunyai susun atur dalaman yang baik.
Aspire Vero Edisi National Geographic dikuasakan oleh prosesor Intel Core i7 dengan 16GB DDR4 RAM dan 1TB PCIe NVMe SSD bagi menawarkan pengalaman pengkomputeran yang lancar. Dilengkapi skrin 15.6-inci FHD IPS, peranti ini menyediakan beberapa port, termasuk USB Type-C dan dua USB 3.2 Gen1 Type-A, salah satunya boleh digunakan bagi mengecas peranti mudah alih walaupun komputer riba ditutup. Komputer riba ini juga hadir dengan port RJ-45 Ethernet dan Wi-Fi 6 yang membolehkan ketersambungan yang utuh.
Harga dan ketersediaan

Pra-tempahan untuk Acer Aspire Vero Edisi National Geographic bermula pada 1 Mei dengan harga runcit RM4,299. Peranti tersebut hadir dengan Windows 11 dan Microsoft Office Home & Student 2021.
Selaras dengan usaha Acer untuk memecahkan tembok antara orang ramai dan teknologi, Acer Malaysia turut mengumumkan harga komputer riba yang berorientasikan kelestarian. Bermula 1 Mei 2022, kedua-dua model Intel Core i7 dan Intel Core i5 masing-masing akan dijual pada harga RM3,699 dan RM2,999.
@gamersantaimy
Discussion about this post