Selepas beberapa rumor yang hadir di pelbagai platform, akhirnya acara koleksi waktu terhad Apex Legends Fight or Fright dah pasti! Istimewanya dalam acara kali ini, pemain kini bakal dinikmati dengan barangan kosmetik yang tersangatlah menarik serta bermain dalam mod permainan acara masa terhad yang dinamakan “Shadowfall”.
Sebuah kemaskini terbaru telah dikongsikan terus dari Blog EA mengenai acara Apex Legends Fight or Fright ini. Pelbagai aktiviti yang menarik dapat dimainkan oleh pemain untuk bulan spooky Holloween ini!
Shadowfall buat gempak di Apex Legends Fight or Fright!
Mod permainan terbaru yang agak spooky ini dinamakan Shadowfall dimana pemain akan bermain secara Solo bersama 34 lawan lain dan terjun ke peta gelap King’s Canyon! Cara permainan hampir serupa seperti mod lain dengan kita akan menghapuskan pemain lain secepat mungkin. Tetapi! Bila seseorang mati~ada sesuatu yang akan terjadi!
Apa pula yang terjadi ini? Pemain yang mati akan respawn semula tetapi sebagai versi mayat hidup (zombi la senang cerita) dari Legend mereka dan menyertai “Shadow Squad”. Pemain bawah Shadow Squad tidak boleh menggunakan senjata atau menggunakan kebolehan mereka, tetapi mereka dapat menggunakan serangan melee, keupayaan untuk memanjat dinding, respawn yang tidak terhad dan meningkatkan pergerakan serta kelajuan melompat.
Sebaik sahaja tinggal 10 orang pemain biasa yang masih hidup, pertarungan itu akan terhenti dan secara auto mereka harus menentang 25 anggota Shadow Squad. Pemain yang hidup ersebut harus menyelamatkan diri ke evac ship sementara Shadow Squad akan mengejar mereka dan hentikan mereka.
Pelbagai barangan Kosmetik dan Misi!
Sudah pastinya ramai pemain yang menantikan skin, kosmetik terbaru terutama untuk acara Fight or Fright ni kan! Skin Alternator “Haymaker” dan Devotion “Nocturnal Elegance” tersedia untuk pemain dapatkan dengan menyelesaikan cabaran tertentu!
Jom usha gajaran yang akan korang dapatkan:
- Login semasa acara Apex Legends Fight or Fright
- Pakej Fight atau Fright Music
- Bunuh 1 shadow di Shadowfall
- Fight or Fright Badge – Tier 1
- Bunuh 50 shadow di Shadowfall
- Fight or Fright Badge – Tier 2
- Melarikan diri di Kapal Drop 25 kali di Shadowfall
- Fight or Fright Badge – Tier 23
- Bunuh 25 loot bin spiders atau zombi di Shadowfall
- Skin Senjata Api R301 Senjata
- Membunuh 50 legenda di Shadowfall
- Skin Legenda Octagon Wildfire
- Menang sebagai legenda dan shadow di Shadowfall
- Skin Senjata Nocturnal Elegance Devotion
- Lengkapkan 20 cabaran harian
- Skin Senjata Alternator Haymaker
Skin/Kosmetik acara boleh didapati dalam permainan atau dibeli menggunakan Syiling Apex**
Hujung Minggu Apex Legends Double XP dan Lifeline Heirloom Set
Akhirnya, hujung minggu khas Double XP akan datang semasa acara ini dan set Lifeline Heirloom akan disediakan. Hujung minggu khas akan menganugerahkan Double XP untuk mendapatkan Top 5 atau Win dari 25 Oktober 2019, pada 1:00 petang EST sehingga 28 Oktober 2019.

Bagi Lifeline Heirloom Set, anda hanya boleh mendapatkannya sebagai direct unlock semasa pratonton acara. Anda perlu melengkapkan Fight or Fright Collection semasa acara; ia tidak boleh diberikan melalui mana-mana pek Fight or Fright. Selepas itu, ia akan disediakan di Pek Apex biasa selepas tamatnya acara tersebut.
Jadi macam mana pendapat korang untuk acara Fight or Fright ni? Jangan lupa ianya akan bermula 15 Oktober ini sehingga 5 November 2019!
@gamersantaimy
Discussion about this post