Bersempena dengan tayangan Polis Evo 3 di Malaysia, PUBG Mobile telah mengadakan satu acara Operasi Evo yang akan memberikan voice pack dan banyak lagi item in-game.
Acara Operasi Evo ini sedang berlangsung dari 27 Mei sehingga 4 Jun 2023 dan semua pemain boleh menyertai acara ini. Semasa anda masuk di lobi game, anda akan dipasangkan dengan laju OST filem ini iaitu “Ayuh” nyanyian daripada Malique, Kmy Kmo, Aman RA dan Ernie Zakri.

Jom kita lihat apa yang akan diberikan secara percuma oleh PUBG Mobile sepanjang acara Operas Evo ini berlangsung:
Misi | Ganjaran |
Log masuk 1 hari | Muzik Lobi Music – AYUH (OST Polis Evo 3) |
Kekal online selama 30 Minit | Bingkai Profil & Gambar Profil |
Bermain 3 perlawana bersama kawan | Graffiti Spray |
Selesai bermain sebanyak 7 kali dalam Top 5 | Inspektor Sani (Basic Edition) – 3 Suara |
Bunuh 30 musuh | Inspektor Khai (Basic Edition) – 3 Suara |
Selain itu, mereka juga akan menyediakan Voice Pack yang boleh dibeli melalui kedai in-game dan kedua-duanya boleh didapatkan pada harga 80 Ocean Crystals. Item ini akan tersedia di store in-game sehingga 30 Jun 2023.
Item | Harga |
Inspektor Khai (Enhanced Edition) – 8 Suara | 80 Ocean Crystals |
Inspektor Sani (Enhanced Edition) – 8 Suara | 80 Ocean Crystals |
Saya ingin mengingatkan anda bahawa acara kolaborasi PUBG Mobile dan Polis Evo 3 kini sedang berlangsung sehingga 4 Jun 2023. Polis Evo 3 kini di TGV dan GSC. Dapatkan tiket anda sekarang.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

@gamersantaimy
Discussion about this post