Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acara HoYo FEST 2022 Kembali Ke Malaysia! Nantikan Kafe Bertema Genshin Impact, Honkai dan Banyak Lagi!

Maira by Maira
September 6, 2022
in Acara, Artikel, Berita, Game, Tempatan
0 0
0
Acara HoYo FEST 2022 Kembali Ke Malaysia! Nantikan Kafe Bertema Genshin Impact, Honkai dan Banyak Lagi!
Share on FacebookShare on Twitter

Anda ingat tidak dengan acara HoYo FEST pada tahun lepas? Kami ada berita baik untuk anda! Acara tersebut akan kembali pada tahun ini! HoYo FEST 2022 Malaysia kali ini akan membawa anda sekali lagi ke kafe bertema yang diinspirasikan daripada game yang dibangunkan oleh HoYoverse iaitu Honkai Impact, Genshin Impact dan Tears of Themis.

Pengumuman mengenai acara ini telah pun dilakukan melalui akaun facebook rasmi Genshin Impact. Acara HoYo FEST 2022 akan dilakukan di beberapa buah negara iaitu Singapura, Filipina, Indonesia, Vietnam, Thailand dan sudah semestinya Malaysia! Buat sementara ini tiada tarikh rasmi yang diumumkan untuk acara tersebut tetapi semua maklumat tersebut akan didedahkan pada 21 September ini. Apa lagi geng, cepat-cepat tanda dekat kalendar tarikh itu nanti.

Bersama dengan pengumuman tersebut, kita juga didedahkan dengan ilustrasi baru untuk acara tersebut. Nampaknya HoYo FEST 2022 akan membawa satu lagi game baru iaitu Honkai Impact: Star Rail. Bermakna kita akan mendapat kafe bertemakan game tersebut nanti.

Hoyo fest 2022 Malaysia

Sama seperti HoYo FEST sebelum ini, setiap kafe akan menghidangkan menu yang berbeza mengikut watak game masing-masing. Bukan setakat itu sahaja, akan ada banyak merch rasmi yang tersedia untuk peminat miliki. Pasti ramai antara anda sudah tidak sabar betul tidak? Jika tahun lepas, acara ini diadakan di Mytown, Kuala Lumpur. Agaknya tahun ini di mana pula lokasi kafe ini? Harap-harap acara ini akan berjalan lebih lancar berbanding yang lalu.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Genshin Impact daripada kami, boleh klik pautan ini.

Muat turun di sini
Genshin Impact
Publisher: miHoYo
Developer: miHoYo
Release Date: 2020-09-28
Android, Microsoft Windows, Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5
Genshin Impact adalah permainan video permainan peranan bebas-permainan, bebas permainan fantasi berasaskan gacha yang dikembangkan dan diterbitkan oleh studio pengembangan permainan miHoYo. Ini adalah permainan kedua dari miHoYo yang menampilkan IP asli, yang pertama adalah Gun GirlZ. Kini ia hadir untuk mobile, PC dan PS4 dan juga boleh cross-play! 
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: HOYO FESTHoYo FEST 2022HoYoverseMalaysia
Previous Post

Silent Hill “Sakura” terbocor online beserta gambar, projek seram terbaru untuk francais

Next Post

“Aim assist” controller terlalu OP, pemain PC CoD: Warzone mengadu macam “aimbot”

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Next Post
“Aim assist” controller terlalu OP, pemain PC CoD: Warzone mengadu macam “aimbot”

"Aim assist" controller terlalu OP, pemain PC CoD: Warzone mengadu macam "aimbot"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd