Mulai 20 Jun hingga 24 Julai 2025, Nintendo akan menganjurkan acara hands-on eksklusif Nintendo Switch 2 bertemakan “Mario Kart World” di Atrium B1, Jewel Changi Airport, Singapura.
Acara ini berlangsung setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam, dan memberi peluang kepada para peminat untuk mencuba sendiri konsol Nintendo Switch 2, bersama game terbarunya, Mario Kart World, hanya beberapa hari sebelum pelancaran rasminya di Singapura pada 26 Jun.
Pengunjung boleh menyertai perlumbaan bersama rakan melalui mod two-player, atau mencuba mod baharu Knockout Tour. Suasana di acara ini dijangka meriah dan sesuai untuk seisi keluarga, serta terbuka kepada semua peringkat usia yang ingin merasai sendiri generasi baharu konsol ikonik Nintendo.
Sebuah gerai khas turut disediakan di lokasi untuk pra-tempahan Nintendo Switch 2 dari 20 hingga 25 Jun. Pembelian rasmi pula boleh dibuat mulai 26 Jun.
Sebagai ganjaran istimewa, mereka yang mencuba Mario Kart World di acara ini dan membuat pra-tempahan atau pembelian konsol di gerai tersebut akan menerima beg tote eksklusif secara percuma (selagi stok masih ada).
Untuk menebus beg tersebut, pengunjung hanya perlu menunjukkan pelindung matahari Mario yang diperoleh semasa sesi hands-on.

Maklumat Acara:
- Tarikh & Masa: 20 Jun – 24 Julai 2025, 10 pagi – 10 malam (kemasukan terakhir pada 9:30 malam)
- Lokasi: Jewel Changi Airport, Atrium B1
Perhatian:
- Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah perlu ditemani ibu bapa atau penjaga.
- Jadual dan kandungan aktiviti hands-on tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
- Penyertaan bergantung kepada kekosongan slot masa, dan sistem tiket mungkin digunakan semasa waktu sibuk untuk menguruskan jumlah pengunjung.
Buat masa ini, peminat di Malaysia masih menantikan pengumuman rasmi mengenai tarikh pelancaran dan harga Nintendo Switch 2 di pasaran tempatan. Tetapi jika anda tidak sabar menunggu, ini mungkin peluang terbaik untuk merasai konsol baharu ini lebih awal!
@gamersantaimy
Discussion about this post