Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acara anime JoJo’s Bizarre Adventure STONE OCEAN tersedia untuk penonton Malaysia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 5, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Acara anime JoJo’s Bizarre Adventure STONE OCEAN tersedia untuk penonton Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

Laman web rasmi untuk francais JoJo’s Bizarre Adventure mengumumkan pada minggu lepas bahawa acara siaran langsung mereka untuk adaptasi anime JoJo’s Bizarre Adventure: Stone Ocean oleh Hirohiko Araki akan tersedia untuk ditonton di Malaysia termasuk sari kata Bahasa Melayu! Bukan setakat itu sahaja, ia juga boleh ditonton di Taiwan, Hong Kong, Vietnam, Thailand, dan Indonesia dengan sari kata untuk bahasa masing-masing bagi setiap negara. Acara ini akan berlangsung pada hari Ahad, dan merangkumi pengumuman baru yang berkaitan dengan anime akan datang ini.

Dengan penampilan istimewa oleh Fairouz Ai sebagai Jolyne Cujoh (protagonis kali ini), apa yang akan mereka dedahkan? Ramai yang berharap dan menjangkakan mereka dapat melihat trailer pertama dan tarikh pelancaran tepat semasa acara ini.

Untuk peminat yang ingin melihat acara anime Stone Ocean di saluran rasmi utama, berikut adalah butiran:

  • Tarikh: Sabtu, 7 Ogos, 8:00 PM (PDT)
  • Tonton di: Halaman YouTube rasmi Warner Bros. Japan Anime
  • Bahasa: Bahasa Jepun dengan sari kata Bahasa Inggeris
    • Rakaman penuh acara ini akan tersedia di Youtube Warner Bros. Japan Anime

Untuk peminat Malaysia yang ingin tonton acara anime Stone Ocean dengan sari kata Bahasa Melayu, berikut adalah butiran:

RelatedPosts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

  • Tarikh: Ahad 8 Ogos, 11:10 AM (MYT)
  • Tonton di: Halaman Youtube MUSE Malaysia
  • Bahasa: Bahasa Jepun dengan sari kata Bahasa Melayu

Stone Ocean adalah siri keenam dari manga JoJo’s Bizarre Adventure oleh Hirohiko Araki, dan ia meneruskan cerita dari entri sebelum. Kisahnya berlangsung pada tahun 2011, setelah Golden Wind, dan mengisahkan Jolyne Cujoh, anak perempuan kepada Jotaro Kujo (protagonis Stardust Crusaders). Setelah Jolyne dipersalahkan untuk pembunuhan yang dia tidak lakukan lalu dihantar ke penjara, dia mesti berhadapan dengan bekas pengikut Dio. Siri Stone Ocean mula dihasilkan dari tahun 1999 hingga 2003, dan mempunyai 17 jilid, yang terdiri dari jilid 64 hingga 80 dari keseluruhan manga.

Untuk segala liputan kami tentang JoJo’s Bizarre Adventure, sila tekan pautan ini.

Sumber – Laman web rasmi JoJo’s Bizarre Adventure

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeJojo's Bizarre AdventureMalaysiamangaStone Ocean
Previous Post

PS Plus hilang sejuta pelanggan, menurut laporan tahunan terkini!

Next Post

Genshin Impact: Cara-cara menghubungkan akaun PlayStation ke PC/Mobile

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Genshin Impact: Cara-cara menghubungkan akaun PlayStation ke PC/Mobile

Genshin Impact: Cara-cara menghubungkan akaun PlayStation ke PC/Mobile

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd